Latest News

Sodomi II: Liwat Tidak Pernah Berlaku?

MANGSA Mohd Saiful Bukhari Azlan, berkata bahawa semasa dia disodomi, dilakukan di atas karpet; menurut pedakwaan; tidak terdapat kesan air mani jatuh di atas karpet; dengan hujah itu, maka peguam Anwar Gopal Sri Ram yang merupakan mantan Hakim Mahkamah persekutuan, berhujah, bahawa sodomi tidak pernah berlaku. Gopal tidak berhujah untuk menyangkal, mengapa air mani tertuduh didapati di dalam dubur mangsa.

Di atas karpet di mana perlakuan sodomi dilakukan, hanya didapati sehelai rambut; rambut itu tidak dijelaskan milik siapa; semasa pendengaran di Mahkamah Persekutuan.

Peguam bela Anwar, memberi tumpuan kepada mangsa, mempersoalkan kredibilitinya, hujah peguam Anwar menjuruskan kepada pelucutan mangsa sebagai saksi utama ( impeach).

Anwar didakwa menurut seksyen 377B kanun keseksaan yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan. Pada 7 Mac lalu, mahkamah rayuan menajtuhkan hukuman 5 tahun penjara, analog dalam seksyen 377C, yang membawa hukuman tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun penjara.

Pihak pembelaan memohon, mahkamah Persekutuan campur tangan, kerana mendakwa mahkamah rayuan membuat kesilapan.

0 Response to "Sodomi II: Liwat Tidak Pernah Berlaku?"

Blog Archive