Tuesday, October 14, 2014

Liwat II Anwar: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Kekal Ketuai Pendakwaan

OKTOBER 28-29, Liwat II Anwar, akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan. Anwar sekali lagi berdepan dengan Tan Sri Muhammmad Shafee Abdullah, TPP yang tidak disenangi Anwar, kerana kelibat TPP itu menyebabkan Anwar dijatuhi penjara 5 tahun oleh Mahkamah rayuan 7 Mac lalu.

Pada perbicaraan itu nanti, selain pihak pendakwaan mahu mengekalkan sabitan terhadap pemimpin Umum PKR itu, juga pendakwaan mahu hukuman ditambah.

Anwar didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukahri Azlan pada 26 jun 2008 di sebuah kondominum, Bukit Damansara antara pukul 3.01-4.30 petang.

Jika mahakamah mengekalkan hukuman apatah lagi hukuman itu ditambah, ianya bakal pengakhir kepada karier politik MP Permatang Pauh itu.

Anwar pernah dipenjarakan selama 6 tahun sebelum dibebaskan pada tahun 2004 kerana kesalahan yan sama.

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah dato shafee.... kalahkan peliwat..

Semoga Allah swt beri pahala pd dato dan tergolong org2 yg diberi jannah....

Anonymous said...

bila mau habis dahhh...

Anonymous said...

sama-sama saksikan suratan takdir baik-buruk, untung rugi hari-hari mendatang.

Blog Archive