Wednesday, October 01, 2014

Benarlah Azmin Itu Anak Emas Anwar?

BENARLAH anggapan ramai, bahawa Azmin itu anak emas Anwar. Benarlah bahawa stategi 2A memang untuk Azmin. Benarlah Langkah Kajang itu untuk Azmin.

Hari ini Azmin mengumumkan bahawa Anwar tetap sebagai Penasihat Eknomi Selangor. Anwar dipecat mantan MB Tan Sri Khalid Ibrahim sehari sebelum beliau melepaskan jawatan MB.

Ramai penganalisis mengatakan, tindakan Khalid itu untuk membuktikan anggapan orang ramai selama ini, Azmin adalah anak emas Anwar, jika Azmin akan meletakan semula Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Benar juga, hanya seminggu Azmin menjawat jawatan MB, hari ini Azmin mengumumkan bahawa Anwar tetap sebagai penasihat.

Kini ternyata, bahawa Azmin adalah anak emas Anwar, bukan lagi satu andaian, tetapi sah.

1 comment:

Anonymous said...

Kalu dah budak suruhan, forever akan jadi budak suruhan.

Blog Archive