Wednesday, October 01, 2014

Apa Kah Teo Chee Kang Sokong Musa?: Lorreto Sipin Padua

SETIAUSAHA Agong LDP kumpulan Datuk VKLiew- Loretto Sipin Padua dipetik sebagai berkata, sesuai dengan pengakuan Ketua Umno Bahagian Sepanggar merangkap ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat idris , bahawa parti komponen BN antaranya LDP berjumpa beliau meminta untuk menyuarakan kepada Perdana Menteri bahawa pertukaran kepimpinan perlu dilakukan di Sabah sebelum PRU-14.

Pada masa kini, kepimpinan LDP yang diiktiraf Bn Sabah adalah kumpulan Teo Chee Kang. Jika benarlah bahawa parti LDP terlibat dengan pelan pertukaran kepimpinan negeri, sudah pasti bukan daripada kumpulam VkLiew; kerana menurut Loretto, kumpulan mereka senantiasa tidak berganjak menyokong kepimpinan Musa sebagai Ketua Menteri dan juga Pengerusi BN Sabah.

Minggu lepas, Loretto telah mencabar kumpulan Teo untuk menyatakan pendirian, apa kah mereka menyokong Musa atau kenyataan Jumat itu benar.

"Teo Chee Kang bersama Timbalannya Chin Shu Phin dua tahun lalu secara terbuka membuat kenyataan semasa ketiadaan Presiden parti itu- Datuk VKLiew bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Musa; namun selepas PRU-13, selepas Teo dilantik sebagai Menteri Penuh dalam kabinet Musa, kumpulan itu melakukan pusingan U. Namun berasaskan perkembangan mutakhir, apatah lagi disokong oleh kenyataan Jumat yang tidakpun dinafikan oleh kumpulan berkenaan, rupanya sokongan terhadap Musa oleh kumpulan itu hanya satu lakonan kerana pangkat dan jawatan." kata Lorreto selepas dihubungi AYT pada Rabu.

Sejak isu pertukaran Ketua Menteri yang dirancangkan oleh G-8, sehingga kini, tiada apa-apa kenyataan terbuka daripada kepimpinan LDP, kumpulan Chee Kang, apa kah mereka menyokong Musa.

Berdiam diri dalam keadaan ini, seolah-olah kumpulan itu bersetuju berlakunya pertukaran kepimpinan negeri, dakwa Loretto.

"Teo dan Chin perlu menyatakan secara terbuka, apa kah mereka masih menyokong Musa" " Jangan menjadi musuh dalam selimut" " demikian Loretto.

Kumpulan VK Liew minggu lepas telah menyatakan pendirian mereka, bahawa pertukaran kepimpinan negeri untuk masa ini adalah tidak sesuai, memandangkan Musa telah diberi kepercayaan rakyat pada PRU-13 lalu. 

"Kepimpian Musa masih diperlukan, demi meneruskan pembangunan yang telah dirancang khususnya melalui Hala Tuju Sabah' sambung Lorreto.

2 comments:

Anonymous said...

loretto padua jr dah jd politician ke?kawan masa u ni. huhu

SUARA RAKYAT said...

anon. lama sudah, dia parti LDP kumpulan Datuk VKLiew

Blog Archive