Latest News

Mengapa Khalid Pecat Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

PADA hari terakhir sebagai MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memecat Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Eknomi Selangor. Mengapa? melalui pemecatan itu, apa yang dilihat apakah MB Selangor yang baru Azmin Ali akan melantik semula Anwar?

Hubungan Anwar dan Azmin bermula sejak tahun 1987, apabila Timbalan Presiden PKR itu dilantik sebagai setiausaha sulit kepada Anwar.

Azmin terus bersama Anwar sehingga kini; malah hubungan mereka diselubungi berbagai cerita yang sukar diterima akal manusia yang normal.

Langkah Kajang sebenarnya, mempunyai erti tersirat untuk menaikkan Azmin sebagai MB Selangor, kerana MP Gombak itu, mahukan jawatan itu sejak tahun 2008.

Anwar tidak mudah menamakan Azmin sebagai calon MB, kerana masalah dalam PKR itu sendiri. Wan Azizah yang merupakan Presiden parti, hanya kelihatan diluaran sahaja akur dengan Azmin, namun dalam sanubari beliau, Azmin adalah penganggu "ketenteraman awam". Atas sebab itu, dalam PKR sebenarnya Azizah lebih akrab dengan Khalid Ibrahim, dan ianya dibuktikan apabila pembantu khas Azizah, Fakeah Hussien dilantik sebagai setiausaha sulit kepada Khalid, dan kemudian menjadi CEO MBI ( Menteri Besar Diperbadankan).

Keretakan hubungan Khalid- Azizah, apabila Presiden PKR itu membuat pusiangan U, apabila beliau diwar-warkan bakal menjadi MB Selangor, melalui Langkah Kajang. Anwar mencipta langkah Kajang melalui Rafizi Ramli- MP Pandan, agar supaya kelihatannya bukanlah Anwar yang mempunyai idea itu. Juga salah satu langkah untuk mengabui Azizah, bahawa langakah Kajang sebenarnya untuk beliau, kerana beliau tahu, suaminya bakal tidak akan mendapat jawatan itu, kerana tersangkut dengan hukuman penjara kerana kesalahan meliwat.

Dalam kegahiraan Azizah itu, beliau tidak terfikir, bahawa Langkah Kajang itu, sebenarnya bukan untuk beliau, tetapi untuk Azmin Ali.

Lihat bagaimana kelicikan Anwar berpolitik; beliau bertemu dengan Hadi Awang di Terengganu, dan ramai yang meramal bahawa Anwar mahu Presiden Pas itu menyokong Azizah, namun disebaliknya, Anwar mahu Pas menamakan Azmin Ali sebagai calon alternatif.

Lihat bagaimana, pakarnnya Anwar, apabila Pas menamakan Azmin sebagai calon alternatif, Azmin dengan pantas menolaknya. Lihat bagaimana Anwar bertindak, apabila Sultan murka, kerana PKR dan DAP enggan menghantar 3 nama, Azmin melakukan sidang akhbar, bahawa pemilihan Azizah tidak mengikut peraturan parti; tujuannya agar supaya, Azmin kelihatan tidak akur dengan pilihan Anwar; dengan itu akan memperkuat penolakan kepada Wan Azizah.

Kini, strategi Anwar melalui 2Anya sudah tercapai; walaupun selama ini Azmin menolak adanya strategi itu. Tindakan Khalid memecat Anwar sebagai Penasihat Eknomi Selangor, adalah untuk menjawab hipotesa, apakah Azmin itu ANAK EMAS ANWAR? Kalau Azmin tidak melantik Anwar apa sahaja fungsi di Selangor, maka hipotesa Azmin itu anak emas anwar adalah auta.

3 Responses to "Mengapa Khalid Pecat Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?"

Anonymous said...

kot kiri kot kanan kot depan kot blkg...anuwar kau jgk yg bijak...lantak la...klu dh terpercaya dgn propaganda sendiri apakan daya...hopeless n helpless case dah

Anonymous said...

Story line nak cover dan damage control kegagalan dan kebodohan Nuar. Tapi hairan kenapa tak ada orang atau blogger heboh "Langkah Behrang" ciptaan Nuar yang gagal sehingga Perak jatuh kepada BN. Kenapa Nuar tidak ditutuh oleh DAP dan Pas???? "Langkah Kajang" satu lagi kencing Nuar yang nyaris2 lingkup, tapi YAM Sultan bijak menangani dan selamatkan krisis daripada dibubar DUN. Nuar perlu bersara dari politik Negara. Kalau tidak dirihatkan di Sg Buloh resort dia boleh berambus ke Tel Aviv atau America.

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1 said...

Boleh tengok lepas ni sape yg jadi boneka siapa.

Blog Archive