Wednesday, September 10, 2014

Kemelut MB Selangor: Mungkin Kah Khalid Meneruskan Jawatan?

MEMANG benar Tan Sri Khalid Ibrahim ada mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Sultan Selangor, namun Tuanku meminta beliau menarik surat itu. Ertinya Khalid belum meletakkan jawatan.

Memandangkan kecelaruan yang melanda Selangor akibat ketidak patuhan PKR dan DAP atas permintaan Tuanku berkaitan senarai nama yang dicadangkan untuk dilantik sebagai Menteri Besar, maka ada kemungkinan besar Khalid akan dipertahankan pada jawatannya dengan syarat dua ADUN Pas yang membelot itu kembali ke pangkal jalan. Dalam politik semuanya boleh berlaku; dua ADUN Pas itu masih mempunyai masa untuk menarik balik sokongannya terhadap Wan Azizah.

Anak Dato Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh yang juga MP Pasir Mas Kelantan berkata, punca kecelaruan berkaitan kecelaruan MB Selangor, adalah disebabkan oleh pembelotan dua ADUN Pas, di mana pembelotan itu dimungkinkan disebabkan tindakan menikam Pas oleh PKR.

Pembelotan dua ADUN Pas ADUN Hulu Kelang dan Morib menyebabkan Pas terpaksa melakukan U Turn dan terpaksa menyokong Wan Azizah Wan Ismail dalam mesyuarat CLC parti itu pada 17 Ogos; selain menyokong Azizah, parti itu juga menamakan Azmin Ali sebagai alternatif. Namun lima jam selepas keputusan itu, MPP Pakatan hanya mahu Azizah sebagai calon tunggal.

Ekoran permintaan Sultan agar setiap parti mengemukakan tiga nama, maka penyebab kepada berlarutannya perlantikan MB baru; kerana PKR dan DAP enggan mengikut titah Sultan.

Selepas Sultan murka dan menyatakan bahawa DAP dan PKR adalah parti biadap, kedua-dua parti itu memohon maaf, dan kini mengunci mulut berkaitan dengan calon MB Selangor. Apa kah parti itu menghantar tiga nama? seperti mana yang dititahkan? sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya, walaupun daripada semalam berlegar-legar, bahawa Pesurujaya Pas Selangor kononnya bakal dilantik sebagai MB yang baru.

1 comment:

Anonymous said...

Olih kerana Dap dan Pkr mengakui kesalahan mereka tidak menyempurnakan maklum balas..maka mereka perlu menyempurnakan dgn menghantar lebih 2nama ..Ini lah hakikat mohon Maaf dari mereka.. TSKI perlu terus Jadi MB..sehingga pembetulan maklum balas yg sempurna diterima Istana... so settle..

Blog Archive