Saturday, September 13, 2014

Kemelut MB Selangor: Hadi Masih Sokong Khalid Dikekalkan

MESKIPUN kemelut MB Selangor berlarutan hampir sebulan; nampaknya Presiden Pas Dato Seri Hadi Awang masih masih condong agar Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor.

Khalid yang dipecat daripada PKR kerana enggan meletakan jawatan sepertimana keinginan Anwar Ibrahim; untuk memberi ruang kepada isterinya menjadi MB Selangor; kini bukan sahaja menjadi krisis perlembagaan malah menjadi krisis parti-parti pakatan rakyat dengan istana.

Ekoran pemecatan Khalid, dan pembelotan dua ADUN Pas menyebabkan Khalid kehilangan sokongan majoriti dalam DUN Selangor. Wan Azizah yang dipersetujui PKR dan DAP dikatakan disokong 30 ADUN daripada 56 ADUN Selangor, Walaupun sokongan itu dizahirkan melalui akuan bersumpah dan dihantar kepada istana, namun pihak istana meminta agar setiap parti dalam pakatan rakyat menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan untuk dilantik sebagai pengganti Khalid. Hanya Pas yang memenuhi permintaan itu, manakala DAP dan PKR menolaknya. Ekoran penolakan itu, Sultan Selangor menjadi murka dan mengelar dua parti itu biadap. 

Berasaskan perkembangan itu, terdedahlah masalah dalam PKR sendiri berkaitan penamaan Wan Azizah sebagai calon tunggal; Timbalan Presiden parti itu Azmin Ali, menyatakan bahawa pemilihan Wan Azizah bukanlah atas keputusan parti,akan tetapi keputusan Anwar sendiri.

Meningat kepada perkembangan terbaru itu, semalam menurut Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dipetik sebagai berkata, bahawa dalam pertemuan Ketua-ketua pemuda parti-parti Pakatan dengan Hadi, Presiden Pas itu masih tegas dengan pendriannya untuk mengekalkan Khalid sebagai MB Selangor. Ertinya untuk menyelesaikan kemelut MB Selangor, menurut Presiden Pas itu, Khalid perlu dikekalkan.

2 comments:

Anonymous said...

Pakatan memang perlukan pakar tipu muslihat untuk tarik undi dan bina isu demi isu.

Tapi, untuk uruskan negeri dan negara, Malaysia perlukan orang yang berwibawa, seorang negarawan. Anwar terlalu kotor dengan tipu muslihat untuk dilihat jujur dan bagus.....

INI KALILAH BUANG ANWAR...

Anonymous said...

ELOK KEKALKAN KHALID. TAK PAYAH ADA MB BARU SAHINGGA PRU 14. AZMIN JADI MB? APA KISAH BELIAU ORG CAKAP ICE CREAM. APA ITU ICE CREAM? PKNS NAK BUAT PROJEK ICE CREAM KE?

Blog Archive