Wednesday, September 03, 2014

Kemelut MB Selangor: Belum Ada Keputusan

BELUM ada perkembangan atau keputusan daripada Istana berkaitan perlantikan MB baru Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah dipecat daripada PKR, ekoran enggannya beliau menurut arahan Anwar untuk mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada isteri Anwar menjadi MB Selangor.

3 September merupakan tarikh akhir bagi PKR, DAP dan PAS mengemukakan nama-nama calon untuk pertimbangan Sultan Selangor sepertimana titah baginda minggu lalu.

Sebelum ini PKR dan DAP bertegas hanya mahu mengemukakan calon tunggal iaitu Wan Azizah Wan Ismail, namun semalam Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengunci mulut berkaitan jumlah calon yang dihantar oleh parti itu.

PKR, DAP dan PAS masing-masing diminta oleh Sultan Selangor menghantar lebih daripada dua nama sebagai pertimbangan untuk dilantik sebagai MB.

Syarat-syarat perlantikan MB adalah seseorang yang boleh berkhidmat dengan rakyat Selangor, bukan boneka kepada orang lain, selain memerlihara kepentingan rakyat Selangor.

No comments:

Blog Archive