Aziz Bari, ahli PKR mempergunakan ilmunya dalam bidang undang-undang dengan menyatakan bahawa ingkar titah Sultan adalah tidak salah.
Jika laporan Mstar online ini benar disini; maka adalah malang bagi seseorang yang mempunyai ilmu dalam undang-undang, mempergunakan ilmu itu untuk menggalakkan/mendorong pemimpin politik khasnya, dan sesiapa sahaja ingkar kepada titah Sultan.
Menurut Aziz, seperti petikan artikel di atas, di Malaysia, boleh sahaja sesiapa ingkar kepada titah Sultan, dan ianya bukan satu jenayah atau bukan kesalahan, malah tidak boleh diadili dalam undang-undang negara.
Berlainan dengan Thailand kata mantan Pensyarah UIA itu, kerana menghina/ingkar kepada titah raja termaktub dalam undang-undang negara itu.
Sebelum ini, mendiang Karpal Singh dijatuhi hukuman kerana memberi komen berkaitan keputusan Sultan Perak dalam krisis Perak tahun 2009. Jika Karpal boleh dihukum dengan komen itu, mengapa tidak Aziz Bari?
2 comments:
awat yang aziz bari melampau sangat ni....
Kata pakar undang-undang tapi stail komentar macam pengulas sukan bolasepak. Pengulas sukan dok kat ceruk pun buleh kata pengadil silap. Kadang-kadang pengulas sukan buleh kondem player tu sepatutnya buat macam gini buat macam gitu. Masuk politik la bro klu ada berani.
Post a Comment