Sunday, September 28, 2014

Benar Kah Umno Lemah? dan Najib Kuat

PRU-12 Umno hanya menang 79 kerusi, manakala PRU-13 88. Kerusi Umno hanya 35.6 peratus daripada 222 kerusi Parlimen (tahun 2012) dan 39.6 peratus tahun 2013. 

Pada PRU-12 kerusi Umno 56.4 peratus daripada 140 kerusi yang dimenangi Bn, manakala tahun 2013 menjadi 66.17 peratus daripada kerusi yang dimenangi Bn. 

Melihat kepada peratusan itu, hepotisa bahawa Umno lemah semasa Najib, sudah ditepis. Memang kalau dilihat daripada segi kerusi yang dimenangi Bn, prestasi Najib lebih buruk berbanding Abdullah Badawi, kerana Abdullah mampu menang 140 daripada 222, manakala Najib hanya 133.

Kalau dilihat daripada segi kuasa, sama saja, angka 140 ataupun 133; dua-dua angka itu, Bn tiada kuasa 2/3 dalam dewan rakyat. Kuasa 2/3 hanya pada angka 148.

Untuk mengatakan Umno lemah tidak dapat diterima, hanya kalau di lihat di Negeri Selangor, ia memang, Umno lemah. 

Dalam keadaan politik sekarang, kembali kepada kemampuan Umno sebelum PRU-12, adalah sesuatu yang sudah menjadi sejarah. Dalam keadaan sekarang, menangpun sudah cukup baik, jangan lagi bermimpikan majoriti yang luarbiasa banyaknya. Menang satu undipun dikira sudah menang. 

Apa yang parti Umno boleh lakukan, adalah mempertahankan kawasan yang sedia ada, selain berusaha untuk merampas semula kawasan-kawasan yang telah hilang pada PRU-13, seperti Temerloh, Batu Bahat dan beberapa kawasan lagi. Pada PRU-14, apabila Umno boleh mempertahankan jumlah 88, apatah lagi dapat menambah kerusi, maka Umno bersama komponen Bn yang lain akan dapat terus mempertahankan Putrajaya.

Apa yang merisaukan Bn, adalah kerusi-kerusi Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Jika kawasan-kawasan di dua negeri itu terlepas, maka Umno dalam keadaan bahaya.

Melihat kepada situasi politik masa kini, Umno bukan sahaja perlu menumpukan kepada kekuatannya, akan tetapi juga perlu melihat kekuatan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak.

Umno tidak boleh bersandar lagi kepada parti MCA, Gerakan atau MIC; kerana pada PRU-14, diperkirakan kemampuan parti-parti itu memberikan kerusi kepada Bn di Semenanjung adalah samar-samar.

Umno kena membantu parti-parti bumiputera di Sabah dan Sarawak, untuk menjamin agar Umno akan terus menjadi tulang belakang kerajaan.

Di Sabah misalnya, kemampuan parti-parti kompnen Bn yang berasaskan KDM, pada PRU-14 sungguh kritikal, demikian juga di Sarawak terutama parti PRS.

Mengukur lemah atau kuatnya Umno bukan lagi sebagai penjamin kepada kerajaan Bn; tetapi kekuatan parti komponen Bn di Sabah dan Sarawak perlu diberi perhatian utama.

3 comments:

Anonymous said...

Ikan mula busuk pada kepalanya, bukan sirip cacat, ekor kontot, berenang x laju dsbnya. Harap ada faham.

Anonymous said...

I concur with comment 00:38. This mantra fish rot from the head has been echoing but somehow the UMNO's hierarchy are all having ear-muffs!

Sampai melayu-muslim melukut ditepian gantang sebagaimana dekat 50 tahun 'merdeka' di Singapura melayu masih tidak mendapat kepercayaan di peringkat tertinggi kerajaan, Tentera-Darat-Udara-Laut, kawasan dan pemantauan strategik masih 'malay-muslim free' DLL.

Akan tetapi kita boleh lihat dengan bukti NYATA anak cinabeng Malaysia (PR), keling pariah India, Malaysia dll, cinabeng HK, Taiwan dll lebih mendapat tempat dan kepercayaan!!!!

(Aku mengalami, merasai, melihat, mendengar sendiri dan tidak kurang pelajaran ku hingga sarjana dan pengalaman puluhan tahun merata dunia! Kalau aku boleh bertugas ditempat sensitif di benua Amerika?????)

Andai terjadi sebegini baru UMNO terngadah....masa tu sumpah Mahsuri seribu kali ganda lebih teruk akan anak-cucu kita bakal menghadapi nya.

Statement bergegar 'melayu-muslim' dipertahankan hanya berkumandang waktu PAU saja....

Pesan aku satu saja,

JANGAN MENYESAL NANTI...

Anonymous said...

Najib serta konco-konconya seolah-olah hendak menjahanamkan Islam dan Melayu, siapa dalang mereka, sanggup mengkhianati bangsa sendiri, harap Allah akan gagal cubaan mereka dan hancur mereka.Aminh

Blog Archive