Tuesday, August 19, 2014

Tun Dr Mahathir Tidak Sokong Najib Lagi- Apa Kah PM Ke-6 Itu Ikut Jejak Tun Abdullah?

TAHUN 2006, bermulalah babak-babak apabila Tun Dr Mahathir mengeritik dan menolak sokongan kepada Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri. Akibat kritikan dan tolakan itu, Abdullah dan segenap lapisan penyokongnya melakukan gerakan memulau mantan Perdana Menteri itu dalam semua peringkat, termasuk perwakilan Umno Kubang Pasu.

Tun Dr Mahathir sempat keluar daripada Umno sebaik sahaja keputusan PRU-12 diumumkan, di mana sejak tahun 1969, sekali lagi BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat; manakala empat negeri tidak termasuk Kelantan ditawan pembangkang.

Mahathir berkata, selagi Abdullah tidak meletakan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri selagi itu beliau tidak akan kembali kepada Umno. Abdullah tiada pilihan, pada April 2009, beliau letak jawatan, dan Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009.

Tulisan Dr Mahathir melalui blognya semalam, yang antara lain menulis bahawa beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib; sebabnya kata beliau, Najib tidak pernah mempedulikan pendapat beliau yang disampaikan melalui lisan kepada PM ke-6 itu, malah sejak mengambil alih jawatan PM, tiada sebarang polisi barupun yang berjaya diadakan, melainkan tindakan-tindakan beliau lebih merosakan keharmonian dalam negara.

Najib mengambil langkah akomodasi kepada semua, melalui tindakannya membesarkan kabinet; akan tetapi pada masa sama kurang memberiperhatian kepada penyokong-penyokong tegarnya terutama kawasan-kawasan yang dimenangi Umno/Bn. Najib menurut Mahathir mengambil tindakan yang membuaikan rakyat; namun pada masa yang sama tindakan itu memudaratkan negara.

Pemansuhan Isa, pemansuhan akta buang daerah bagi para kriminal hanya menyahut laungan pembangkang; ironinya tindakan itu bukan mengurangkan jenayah, malah meningkat; selain itu; semakin ramailah rakyat melakukan hasutan selain menghina raja-raja melayu.

Walaupun bagaimanapun, Tun Mahathir berkata, dengan menarik sokongan beliau kepada Najib, bukan bermakna, beliau meminta beliau meletakkan jawatan; sebaliknya tegurannya adalah agar supaya Najib melihat kembali keadaan dan berharap agar kesilapan-kesilapan diperbetulkan; kerana mantan Perdana Menteri itu berkata, beliau lebih sayang kepada bangsa dan negara berbanding sayang kepada seseorang pemimpin.

Apa kah pendirian Tun Dr Mahathir yang terbaru ini mempunyai impak kepada Najib atau Umno/BN; kerana PRU-14 hanya akan berlangsung pada tahun 2018; ertinya mantan Perdana Menteri mempunyai masa 4 tahun memberi pandangan/kritikan, sehingga boleh mempengaruhi pola pemikiran dan pengundian rakyat.

Jangan ambil mudah pandangan Perdana Menteri terlama itu; atas sebab itu sebelum tersandung, adalah elok melihat kembali apa yang sedang berlaku, jangan berharap kepada laporan-laporan pembodek yang tiada asas perjuangan, melainkan keberadaan mereka di kedudukan itu kerana kemampuan membodek.

3 comments:

Anonymous said...

TEGURAN TUN M MENYEBABKAN TUN ABDULLAH TURUN DRP JAWATAN PM ADALAH SATU HADIAH KPD RAKYAT MALAYSIA. KALAU KALI INI NAJIB NAK TURUN APA SALAHNYA. KALAU KITA BERCAMPUR DGN ORANG RAMAI KITA AKAN DENGAR CAKAP2 MEREKA YG BANYAK MEMPERSOALKAN PINPINAN NAJIB. MALAYSIA HARI PERLU SEORANG PEMIMPIN SEPERTI TUN M BUKAN MACAM NAJIB.

berasiam said...

negara memerlukan seseorang yang mampu nerfikir dan berani membuat keputusan sendiri sebagai ketua kerajaan. perdana menteri mempunyai sumber maklumat yang banyak dan perlu membuat pertimbangan untuk bertindak. cara [ak lah yang membiarkan banyak keputusan dibuat oleh para penasihat dan orang lain nampaknya dituruti oleh najib.

cara najib yang banyak berlembut dan cuba untuk memuaskan semua khususnya yang kuat bersuara hanya sesuai sekiranya semua pihak bertindak secara tertib. sebagaimana rundingan dengan pihak pemberontak di Ukraine berjaya kerana pihak di sana adalah jujur bervanding dengan pihak-pihak yang tertentu di negara kita.

semua mengharapkan najib akan berubah selepas ini supaya lebih respon terhadap rungutan rakyat dan berfikir sendiri untuk mencapai keputusan yang terbaik. penasihat kelihatan bijak tetapi tanggung jawab tetap terletak pada bahu najib sebagai perdana menteri sekarang,

PASDAPX said...

Skrg bukan masalah Tun.. tp masalah PM2 yg naik selepas Tun semuanya tak ketahuan hala.

Tgklah Najib.. merepek merapu tak kesudahan.. 2 jet MAS dha hilang.. korban yg banyak.. Sabah di ceroboh berulang kali. Pakatan Haram jd sperti iblis yg xmampu dikawal lagi.. rakyat diselubungi dgn jenayah dan kemalangan jalanraya yg cukup tinggi..

tp apa tindakan Najib?? tolong jawab?? Seorng pemimpin bukan saja2 diberi amanah dn gaji serte keistimewaan besar jika tidak tahu fikir utk rakyat.

Kenapa Najib hapuskan ISA? kenapa Najib pinda undang2 pencegahan? kenapa Najib lemahkan kuasa Polis? biarkan hasutan dan penghinaan antara Agama Islam Melayu dan Raja menjadi2??

itu lambang besar NAJIB gagal. Itupun nasib baik Melayu yg semakin bodoh ni ada Tun yg sudah umur hampir 90thn tlg tegur..
nk harap siapa yg boleh ubah dan tegur keadaan yg semakin buruk ini??

jgn ada yg jadi bodoh nk ampu Najib pulak.. sedangkan KPI Najib semakin buruk. Sama ada Tun tegur atau tidak sepatutnya Najib sudah ditegur..

Blog Archive