Wednesday, August 13, 2014

Tiada Perlantikan Exco Baru: Khalid

SELEPAS mempengerusikan mini exco Kerajaan Selangor pagi tadi, MB Selangor Tan Sri Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa tiada perlantikan exco baru bagi menggantikan 6 exco yang telah dipecat; sebaliknya semua tugas exco yang dipecat itu akan dipangku/tugas-tugas akan dijalankan oleh 4 exco darpada Pas.

Khalid bertahan pada kedudukannya atas sebab 15 ADUN Pas berdiri dibelakangnya, manakala 12 ADUN BN menyokong tanpa syarat di Dewan undangan Negeri Selangor.

Walaupun BN menyokong kedudukan Khalid sebagai MB, akan tetapi BN bukan sebahagian daripada kerajaan Selangor. Kedudukan Khalid adalah pilihan majoriti ADUN Selangor.

Jika berlaku belah bahagi di DUN, Khalid akan mendapat undi 28 berbanding PKR dan DAP 27, kerana Speaker Hanna Yeoh daripada DAP tidak boleh mengundi, melainkan jika kedudukan seri.

Jika Khalid mampu mempertahankan kedudukan sebagai MB, maka kerajaan Selangor sebenarnya adalah kerajaan ADUN Selangor, bukan kerajaan berasaskan parti. Jika ianya berterusan, maka Selangor mencatit sejarah, kerana julung kali di perintah oleh ADUN, bukan parti.

Kerajaan Khalid, masih boleh diteruskan, kerana MB Selangor itu lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan parti. Perkara ini dilihat dalam soal pembangunan Langat2, kerana pembangunan empangan itu bertujuan mengatasi masalah air di Selangor dan Wilayah Persekutuan, termasuk Putrajaya.

2 comments:

Anonymous said...

Suara suara sombong sudah mula kedengaran di kalangan ahli2 Pas bawahan..isshhhh baru 1 hari dah sombong yerrrr.

Audio Hypnosis Tarikan Rezeki said...

yang nyatanya PR makin berpecah.

Blog Archive