Latest News

Sultan Selangor Tangguh Perletakan Jawatan Khalid

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini telah mengemukakan hasrat untuk meletakkan jawatannya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun, hasratnya tidak kesampaian apabila Sultan Sharafuddin memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatannya.

Abdul Khalid memaklumkan bahawa penangguhan ini adalah sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ditentukan.

“Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicaramutlak di dalam pelantikan seorang Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” kata Abdul Khalid yang membacakan kenyataan dari Sultan Sharafuddin.

Juga, dalam perkembangan yang sama Sultan meminta setiap parti mengemukakan dua atau tiga nama untuk dipertimbangkan untuk dilantik sebagai MB yang baru.

Sebelum ini, PKR dan DAP hanya mengemukakan Wan Azizah Wan Ismail isteri Anwar untuk kedudukan itu, sementara Pas pula mencalonkan Azmin Ali disamping tiada bantahan terhadap Wan Azizah.

13 ADUN Pas enggan menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah, tetapi memberi sokongan kepada Azmin Ali.

1 Response to "Sultan Selangor Tangguh Perletakan Jawatan Khalid"

Anonymous said...

Kecian Jijah... takpa bang non kan ada. Nanti dia lantik Jijah jadi MB boneka kat Kajang ok...ok kan Jah.

Blog Archive