Tuesday, August 12, 2014

Sultan Selangor Beri Isyarat Pada PAS Apabila Baginda Enggan Berjumpa Wan Azizah

SEHARUSNYA Parti PAS menerima Isyarat melalui keenggan Sultan Selangor berjumpa Wan Azizah Wan Ismail, ADUN yang dilantik Anwar untuk dilantik sebagai MB Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pendirian Presiden parti itu yang kemudian disokong Mursidul Am Pas serta Majlis Syura parti itu yang menyokong mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, merupakan pendirian betul; dan seharusnya parti itu membuat keputusan selari dengan pendirian itu pada Mesyuarat parti itu yang bakal diadakan pada 17 Ogos, jika tiada penundaan lagi. Pas sepatutnya bermesyuarat pada 10 Ogos, ditunda pada 13 kemudian ke 17 ogos.

Dalam pekembangan lain, Setiausaha Agung DAP mendesak PAS membuat pendirian awal tanpa menunggu mesyuarat PAS. Seharusnya desakan itu tidak timbul, atas sebab semua pemimpin utama Pas termasuk Majlis Syura telah menyatakan pendirian. Malah pendirian Majlis Syura badan tertinggi Pas diperlekeh Anwar, dengan mengatakan, bahawa PKR tidak akan dipengaruhi keputusan Majlis itu. Anwar malah mendakwa, PAS tidak boleh membuat keputusan bagi pihak PKR. 

Keputusan PKR memecat Khalid daripada parti untuk mendorong agar MB itu kehilangan jawatan, malah memakan diri, kerana MB Selangor itu tidakpun terpengaruh, malah kelihatan gembira ketika bertugas pada Selasa.

No comments:

Blog Archive