Tuesday, August 12, 2014

Sokong Khalid: PAS Buat U Turn?

MUNGKIN Dato Seri Hadi Awang kena kelentong lagi? ekoran perjumpaannya dengan Anwar. Anwar adalah pakar putar belit yang ulung; atas sebab itu, Hadi tiada kemampuan sebagai ahli politik untuk berdepan dengan beliau dalam isu putar belit.

Ekoran pejumpaan itu, PAS Selangor mengeluarkan kenyataan melalui Dr Rani Othman mantan Persuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Meru, semua pemimpin PAS Selangor diarah tutup mulut sehingga mesyuarat parti pada 17 ogos.

Kenyataan Rani pagi tadi di luar Bangunan SUK, menggambarkan, bahawa PAS akan buat U turn berkaitan sokongan kepada Khalid.

Jika PAS buat U Turn? Apakah yang mendorong tindakan itu? Dengan tindakan itu, ertinya PAS menolak keputusan Majlis Syura parti itu, iaitu badan tertinggi parti itu.

Kalaulah berlaku U Turn Pas, bererti Dewan Ulama dalam parti itu sudah tidak mempunyai suara lagi; suara Nik Aziz, suara Haron Din dan suara Hadi sendiri tidak dihormati lagi.

No comments:

Blog Archive