Saturday, August 09, 2014

Sokong Khalid- Apa Kah PAS Konsisten? Atau Buat U Turn?

Tan Sri Khalid Ibrahim, petang tadi dipecat daripada PKR; ertinya beliau kini sebagai ADUN Bebas di DUN Selangor dan MP bebas di Dewan Rakyat.

Kedudukan ADUN Selangor selepas Khalid dipecat PKR=13; PAS=15; DAP=15 dan BN=12 serta Bebas 1.

Pemecatan Khalid sebagai ahli PKR, tidak melibatkan kedudukannya sebagai MB, namun beliau akan kehilangan jawatan itu jika mendapat undi tidak percaya oleh ADUN DUN Selangor, sekurangnya-kurang 29 undi. Jika PAS konsisten dengan sokongan kepada Khalid sebagai MB Sealngor, maka jika berlaku belah bahagi di DUN Selangor, kedudukan akan seri; 28-28; tetapi mungkin sahaja Khalid mendapat undi tambahan daripada satu atau dua ADUN PKR; dalam politik semua boleh berlaku. Khalid besar kemungkinan mendapat undi daripada 2-3 exconya, atas sebab, jika bersetuju perlucutan MB, itu, mereka tiada pilihan kerana tetap akan digugurkan sebagai exco; kerana MB baru mempunyai senarainya sendiri.

Sama-sama kita tunggu apa keputusan PAS pada 13 ogos ini?

8 comments:

Anonymous said...

...kes pemilihan parti pkr bila mau abisss laa....ini parti banyak haprak....ini kali lah...ubah

Anonymous said...

Dia org ni syok sendiri..kaki rembat..bekas2 umno yg dah kena sepak keluar..fikir tembolok sendiri je..bila masa nak fikir hal rakyat..walau umno nampak mcm tak kuat tapi dgn tiadanya parasit2 yg tubuh pkr ni sebenarnya umno dilandasan yg tepat utk jadi lebih baik..usah pedulikan parti tupperware anak beranak ni..eh eh

Anonymous said...

rumit.. mmg rumit. dlm pkr mgkin ada 2,3 org yg akan sokong khalid, tp tak mustahil dlm pas juga ada 3,4 org yg condong kpd anwar ibrahim jika usul undi tdak percaya. Mcm2 kemungkinan bolrh jadi kecuali bubar dun.

Anonymous said...

Mmg pun parti tupperware. Makin jelak aku tngk PKR. Ade hikmah ditunjukkn Allah sifat sbnr PKR itu. Adakah ikhlas berjuang utk rakyat atau utk memenuhi kehendak individu tertentu. Dri awal lgi perangai paling disukai PKR adalah memfitnah. Xdpt lari. Buat citer....bukti xde. Tpi ramai yg beriman dgn PKR. PKR ckp ape je...dan terus dianggap sbg sahih walaupn bukti sahih xdpt dikemukakan. Dari situ je aku x nmpk kewibawaan PKR utk memimpin malaysia....tpi nk menghancurkn malaysia ade le. Lebih baik rakyat bertindak sblm malaysia hancur.

Anonymous said...

Jarang berlaku adun atau mp dari pas yg lompat..pkr dan dap mmg ada yg lompat termasuk dari bn..sbb ingat lagi sumpah baiah yg heboh dulu..maknanya jika presiden arah semua akan ikut walaupun ada golongan yg simpati kpd anuar dlm pas..

Anonymous said...

pas?...tetap U Turn punya..
x percaya?..tunggu dan lihat

Anonymous said...

ada aku kesah...
ada sekor lagi khalid..tp dlm pas
patut d pecat juga..sbb dah jadi parasit

salleh said...

Psl u-turn ni... mmg dh biasa jdi pas buat u-turn. X mengejutkn langsung. Kalau kali ni pas buat perangai u-turn lgi... dimana maruah pas. Sepatutnya parti yg btl2 mendokong islam.. bersikap sptmna dianjur islam. Bkn mcm org was2. Dimna kredibiliti pas. Mcm mna org nk pecaya pas. Kalau nabi muhammad dipercayai atas sbb sikap amanah dan bnr... knp pas xboleh ikut mcm tu.

Blog Archive