Thursday, August 14, 2014

Sertai Sidang Media Wan Azizah: PAS Minta Gambaran Sebenar Dua ADUN Parti itu

Pusat telah meminta PAS Selangor memberi laporan berhubung isu dua Adun PAS negeri itu yang telah menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad petang ini dan meminta laporan penuh berhubung perkara itu.

"Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor supaya memberi laporan tentang dua orang ini supaya kita dapat gambaran sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas tindakan dua Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang bertindak menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah hari ini bagi menunjukkan sokongan majoriti dalam Dun Selangor pagi tadi.

Kedua-dua mereka turut menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata PAS akan menyiasat perkara itu dan akan mendapatkan gambaran sebenar.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Pandangan serupa dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, Majlis Syura Ulamak PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

Jika benar-benar berlaku bahawa dua ADUN PAS itu mendahului keputusan Partinya sendiri, maka melalui kemelut MB Selangor, Anwar berjaya memperporak porandakan parti itu. Adalah jarang berlaku, ADUN PAS melompat parti, kerana mereka terikat dengan satu sumpah janji dengan parti. Apa kah dua ADUN itu ingkar pada sumpah janji? Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

2 comments:

Anonymous said...

Silap Pas kerana menerima keahlian nya tanpa penelitian rapi,tengok saja org macam Mat Taib yg di terima masuk Pas,sedangkan Mat Taib ni orang Anwar dan bergelumang dgn skandel'I'am no speak English' pula.Dalam isu MB ini,Mat Taib senada dengan Anwar.

Begitulah dengan Saari Sungib,beliau ialah ahli ADIL(nama asal PKR) dulunya ,melompat masuk Pas bersama Saifuddin ketika ADIL dalam keadaan lesu.Sekarang sudah tentu lah beliau menyokong mentornya,bukan Hj Hadi.Saifuddin pula sudah melompat kembali masuk PKR bila Anwar keluar penjara,sedangkan masa itu beloiau telah di beri amanah oleh Pas mengetuai badan yg dikaitkan dgn nama Tok Kenali.SS pun keciwa , tidak di beri jawatan exco,jadi kedua Adun Pas berkenaan sekarang sudah berpeluang utk jawatan exco,kalau Nenek Kipas jadi MB.

Anwar memang menggalakan pengikut tegar beliau menganggotai Pas.Saya mengetahui hal ini bila 2 orang pemuda,seorang pembantu NI dan seorang pembantu Anwar sendiri,ingin menjadi ahli Pas,di mana Anwar telah memberi sokongan penuh.Ketika itu saya meras pelik,tapi kemudiannya saya faham mengapa.

kartanikasuria said...

Dalam menentukan seorang pemimpin, Rasulullah telah menjadikan dirinya sebagai figur dan pelaku. Empat sikap yang menjadi sifat-sifat wajib baginya adalah amanah, fathanah, siddiq dan tabligh ternyata sangat erat kaitannya dengan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, yang mana tanpa keempat sifat tersebut dalam pribadi beliau maka mustahil kepemimpinan beliau dapat berjalan dengan baik dan mendapatkan pujian oleh masyarakat.

Mencari pemimpin yang tepat berarti menemukan empat sifat Nabi ini dalam pribadi seorang pemimpin. Keempat sifat ini tentu saja tidak secara tiba-tiba ada dalam diri seseorang, sebagaimana halnya dengan Rasulullah yang telah melalui perjuangan dan pembinaan yang intensif baik secara jasmani maupun ruhani hingga menjadi pemimpin sejati.

Sikap yang amanah menjadi syarat pertama yang harus dimiliki oleh pemimpin daerah dan bangsa ini, sebab amanah yang berarti kejujuran dan kesetiaan, dan transparansi menjadi kunci penting yang harus ditegakkan.

Sikap amanah ini menjadi sangat penting sebab salah satu penyebab kemerosotan bangsa ini adalah pengelolaannya yang tidak didasarkan pada sikap amanah, kejujuran, transparansi dan keadilan. Rasulullah telah digelari sebagai orang yang al-amin sebelum beliau menjadi seorang Rasul, yang gelar itu bukan diproklamirkan oleh beliau, melainkan oleh seluruh masyarakat yang ada baik anggota sukunya maupun suku-suku yang lain.

http://bit.ly/1AaHaHv

Blog Archive