Monday, August 04, 2014

PKR Mula Serang Integriti Khalid Ibrahim


NAMPAKNYA Tan Sri Khalid Ibrahim tiada masa depan lagi dalam PKR. Bertahan atau letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor; tidak akan dapat mempertahankan namanya. Kepimpinan PKR seolah-olah sudah sepakat, Khalid adalah seseorang yang pesona non grata dalam parti.

Terkini, kepimpinan PKR akan mengemukakan penjelasan secara tertulis kepada pemimpin Pakatan Rakyat, mengapa Khalid perlu dilucutkan daripada jawatan MB Selangor. Antara isi penjelasan itu, adalah membangkitkan hutang lapuk Khalid daripada Bank Islam berjumlah RM67juta; di mana hutang itu berlaku sebelumpun Khalid menjadi ahli PKR apatah lagi MB.

Difahamkan juga, Khalid akan dihentam berkaitan penjualan tanah milik kerajaan Selangor kepada sebuah syarikat pimbinaan di mana tanah tersebut dibangunkan rumah mampu milik bagi rakyat Selangor.

Keengganan Khalid meletakkan Jawatan sebagai MB untuk membolehkan isteri Anwar Ibarhim mengambil alih jawatan itu, membuatkan semua pemimpin PKR mencari berbagai helah untuk memaksa Khalid termasuk menghentam isu integriti MB Selangor itu.

Melihat tindak tanduk kepimpinan PKR, nampaknya, Khalid tiada pilihan, beliau perlu bertahan sehingga ke garisan penamat; pilihannya yang ada padanya- bubar DUN dan serahkan mandat kepada rakyat Selangor untuk memilih MB atau kerajaan baru Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

Langkah yg akan menjadi senjata makan tuan pada PKR.TS Khalid tentu sudah bersedia utk itu,dia bukan bodoh,malah sepanjang yg saya tahu tak ada muka dalam PKR yg boleh menandingi kecerdikan TS Khalid.Silakan Saifuddin atur lah langkah silat kamu,kami memang teringin nak melihat 'darah' bertaburan di kalangan PKR supaya lebih jelas rakyat mengetahui siapakan pemimpin dan ahli PKR.semuanya HAPRAK.

Blog Archive