Wednesday, August 13, 2014

MB Selangor: Anwar Benar-Benar Tersandung

DATO SERI ANWAR IBRAHIM tersilap; dia sangka, Tan Sri Khalid adalah seseorang yang mudah ditundukkannya. Anwar memecat Khalid daripada PKR, dengan harapan, mantan tokoh koprat itu akan terdesak dan limbo dan kemudian akan ikut arahan; rupanya tindakan itu hanya menggali lubang kubur sendiri; bukan sahaja Wan Azizah isterinya kempunan menjadi MB Selangor, malah menyebabkan kerajaan PR Sealngor tumbang.

Kerajaan PR tumbang, atas sebab 2 exco PKR dan 3 exco DAP dipecat semalam; pemecatan itu sudahpun mendapat perkenaan Sultan Selangor; kontrakdiksi dengan kenyataan para Exco yang dipecat itu, kononnya pemecatan mereka tidak mendapat perkenaan Sultan.

Kini, Selangor diperintah Khalid bersama 4 exco Pas; undang-undang tubuh Kerajaan Selangor menyatakan bahawa jumlah exco daripada 4 hingga 10, ertinya Khalid memerintah dengan jumlah exco yang paling minima.

Untuk sementara Khalid mendapat sokongan 15 ADUN Pas manakala 12 ADUN Bn tidak membantah; jika berlaku undi belah bahagi di DUN, Khalid akan mendapat undi 28, manakala PKR dan DAP 27, atas sebab Hanna Yeoh adalah speaker; maka tidak layak mengundi; keculi berlaku undi seri.

Anwar melalui Langkah Kajangnya, di mana dari awal-awal lagi ditolak Khalid; kini hanya gigit jari. Usaha terdesaknya menemui Presiden Pas di Kuala Terengganu hujung minggu lalu, dikhabarkan gagal memujuk Dato Hadi agar bersetuju kepada pemecatan Khalid untuk digantikan dengan isterinya.

Apa kah Pas akan membuat keputusan sesuai dengan pendirian Dato Hadi dan Dato Nik Aziz yang mempertahankan Khalid pada mesyuarat Pas pada 17 ogos? kerana Timbalan Presiden Pas Mat Sabu lebih cenderung kepada pemecatan Khalid, kerana beliau adalah penyokong Anwar dan Lim Guan Eng. Namun demikian, biasanya PAS akan akur dengan pandangan Majlis Syuranya -badan tertinggi parti itu; jika ada pemimpin yang ingkar dengan keputusan Majlis Syura, bererti pemimpin itu menentang dasar-dasar parti; dan seharusnya tidak berada dalam parti.

5 comments:

Anonymous said...

tak mustahil PAS buat U turn... dah berlaku bbrp kali sblum ni... sbb maruah PAS di lobang dubur Aljuburi dan kafirun DAP...

Audio Hypnosis Tarikan Rezeki said...

Kalau undi x percaya berjaya,sape yg jadi MB?

yushero said...

TYE SAMA NUAR NAPE POKOK GOYANG NTI JAWAP NUAR SELANGORKU HILANG....KEHKEHKEH...DULU PELEKEHKN ORANG...NAK KAUUUUU...SESUNGGUHNYA ALLAHLAH YG MAHA BERKUASA...

Anonymous said...

Sekiranya Pemimpin PAS buat U-turn dalam waktu begini SAHlah mereka ini telah dirasuah.

Dalam bentuk apa sekali pun pastinya mereka telah dirasuah oleh Si KETUM.

Anonymous said...

Kerusi bahagian kena cantas TSKI tetap ADUN. Keahlian dipecat TSKI tetap ADUN. Digugurkan dari jawatan Ketua PKR negeri TSKI tetap masih MB Selangor. Dalam masa terdekat kelurkan surat aduan laporan salah laku ke SPRM, dan majlis tertinggi PKR susul pulak surat tindakan displin.Buat roadshow ceramah politik hentam TSKI kaw-kaw. Sanggup 'membunuh' karier politik orang dalam semata-mata nak beri laluan kepada isteri tersayang!!
Sebelum ni Kajang move ADUN sediada PKR yang tak mati punn tapi hidup-hidup beri laluan kepada presiden PKR nak masuk Selangor... habis duit rakyat kena tanggung kos p/raya kecil.
Kalau nak juga jadi MB melalui pilihanraya negeri.... sudah tentu sahaja berlaku pembaziran wang. Mana suara NGO,Majlis Peguam, SUARAM termasuk Ambiga yang lantang bersuara dan bersih.

Blog Archive