Latest News

Khalid Pecat Exco daripada PKR dan DAP

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya dalam kerajaan negeri Selangor," katanya.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

Nafi mohon masuk PAS

Sebelum ini keenam-enam exco ini telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk kekal dalam jawatan mereka tetapi tidak mahu menemui Khalid untuk bekerjasama kecuali dalam mesyuarat rasmi exco.

Sementara itu Khalid menafikan khabar angin beliau menyerahkan borang keahlian PAS hari ini.

"Saya tak sertai PAS. (Dakwaan) itu tak benar," kata beliau.

2 Responses to "Khalid Pecat Exco daripada PKR dan DAP"

kartanikasuria said...

Sikap tamak pemimpin Islam terhadap kuasa berbanding kepentingan agama akan hanya menyebabkan kehancuran kepada umat Islam.

Sikap tamak sedemikian juga boleh membawa kehancuran kepada negara Islam, selain mencalar kesucian agama Islam itu sendiri.

Pemimpin Islam sepatutnya lebih mengutamakan usaha mengukuhkan kedudukan Islam dan umat Islam, mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam sekarang.

Sikap tamak kuasa itu juga boleh membawa kepada hilangnya kemuliaan agama dan umat Islam itu sendiri apabila mereka saling bertelagah sesama sendiri semata-mata hendak mengejar kuasa.

Lebih buruk lagi, akibat tamakkan kuasa, mereka sanggup pula bersekongkol dengan golongan kafir atau munafik, sedangkan sesama Islam sering bertelagah.

http://bit.ly/1AaHaHv

Anonymous said...

Diantara penasihat, punahsihat & punaisihat. Mana lebih bahaya?

Blog Archive