Tuesday, August 12, 2014

Khalid Dapat Tiga Passport Untuk Bertugas Seperti Biasa.

TAN SRI KHALID IBRAHIM dapat tiga passport untuk bertugas seperti biasa sebagai MB Selangor. Passport pertama-Sokongan Padu PAS; Passport kedua Sokongan 12 ADUN BN dan Passport ketiga dapat Perkenaan Baginda Sultan Selangor.

PKR yang memecat beliau minggu lalu daripada PKR, macam tidak mempengaruhi Khalid baik emosi mahupun kedudukannya. Nampak pada pagi ini semasa bertugas di Pejabat SUK Selangor, Khalid nampak gembira dan senantiasa tersenyum.

Semalam selepas menghadap Sultan, malah MB Selangor sempat mengeluarkan kenyataan, siapa-siapa exco yang tidak mahu berkhidmat di bawahnya perlu meletakkan jawatan, kerana Exco katanya senantiasa boleh ditukar.

Untuk sementara waktu, semua exco 4 PAS, 3 PKR dan 3DAP tiada seorangpun daripada mereka meletakkan jawatan. Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, Mensyuarat Exco akan sah jika disertai sekurang-kurangnya 4 exco yang dipengerusikan oleh MB. Untuk rekod, semua 4 exco PAS menyokong Khalid.

No comments:

Blog Archive