ISU MB SELANGOR disifatkan hampir selesai, apabila Banginda Sultan Selangor memperkenaankan Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan jawatannya.
Dalam perkembangan lain, sebagai syarat sokongan ADUN Selangor, 12 ADUN menyokong Khalid sebagai MB Selangor tanpa syarat. Kenyataan demikian dinyatakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yassin hari ini.
Jika PAS konsisten dengan sokongan parti itu terhadap Khalid, maka jumlah ADUN yang menyokong Khalid adalah 28 termasuk dirinya. Walaupun keadaan adalah seri, namun tidak diketahui apakah exco kerajaan negeri daripada PKR akan menyokong Khalid, jika menyokong, maka Khalid mempunyai majoriti mudah dalam DUN Selangor.
Melalui keadaan yang ada, maka hasrat Anwar melantik isterinya sebagai MB Selangor, bakal tidak kesampaian setidak-tidaknya untuk sementara waktu, kecuali, PAS melakukan pusingan U.
1 comment:
DAP & PKR kena checkmate oleh TSKI dan UMNO. Umno (12 Adun) + PAS (15 Adun) + 2 (TSKI & PA) = 29 ADUN berbanding PKR & DAP = 27. TSKI dpt sokongan majoriti. DAP & PKR bakal hilang kerusi exco. Pandai2 tupai melompat, mereka terupa katak2pun boleh melompat juga.
Post a Comment