Wednesday, August 13, 2014

Kerajaan PR Selangor Tersungkur

Khalid bersama 4 Exco daripada Pas selepas Mesyuarat Mini Exco Pagi Tadi
HARI INI berakhirlah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor; apabila Exco daripada DAP dan PKR bukan lagi sebahagian daripada kerajaan.

Hanya Khalid dan 4 exco daripada Pas kekal; sehingga 17 Ogos. Pada 17 Ogos, Pas akan menentukan apakah terus menyokong Khalid atau akan ikut telunjuk Anwar, agar isterinya Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai MB Selangor.

Kedudukan Khalid ditentukan oleh Pas, demikian juga keutuhan PR tergantung pada Pas. Jika mesyuarat Pas bersetuju agar Khalid dikekalkan, maka tergantung PKR dan DAP apa kah akan memecat Pas daripada pakatan tidak rasmi itu.

3 comments:

Audio Hypnosis Tarikan Rezeki said...

Respect betul dgn TSKI.Tiap2 hari still bleh tersenyum.

Anonymous said...

mana dah pakar strategik tersohor pkr...? diam membisu

Anonymous said...

bila lebih punaisihat berbanding penasihat.

Blog Archive