Latest News

Kemelut MB Selangor: Eloknya Sultan Panggil 15 ADUN Pas Untuk Pengesahan

SULTAN Selangor jangan bergantung kepada dakwaan Wan Azizah Wan Ismail, bahawa beliau mendapat sokongan dua ADUN Pas- Saari Sungip Hulu Kelang dan Hasnul Baharuddin Morib; kerana setakat ini 13 DUN Pas belum menyatakan sokongan terbuka atau hitam putih ke atas isteri Anwar itu.

Sebelum ini Pas dengan keras menolak Wan Azizah, namun ekoran pembelotan dua ADUNnya seperti dakwaan Wan Azizah, parti terpaksa melakukan pusingan U, terpaksa juga menyokong Wan Azizah namun dalam masa yang sama menamakan Azmin Ali sebagai alternatif. Azmin Ali kemudian menolak cadangan itu.

Asas penolakan Azmin, kerana menyokong ketetapan parti; namun jauh disudut itu, dia tahu jika dia akur dengan cadangan Pas itu, keadaannya akan ikut jejak Khalid Ibrahim-dipecat daripada PKR.

Anwar dalam melaksanakan keinginannya untuk merealisasikan agar isterinya menjadi MB Selangor; akan melakukan apa sahaja; kerana harapan beliau, jika masuk penjara nanti; sekurang-kurangnya isterinya dapat mempergunakan imunisasi kedudukan sebagai MB untuk berdepan pemenjaraan suaminya.

PKR-DAP mempuyai 29 kerusi dalam DUN Selangor manakala Pas 15 dan BN 12; jika Sultan yakin bahawa sokongan dua ADUN Pas itu ada unsur permainan; maka baginda maklmum, bahawa Wan Azizah bukannya mendapat sokongan benar, akan tetapi akibat manipulasi atau ada unsur paksaan. Jika ada unsur paksaan, maka perlantikan Wan Azizah, tiada akan bertahan lama, kerana mungkin sahaja berlaku undi tidak percaya, maka berlaku lagi krisis politik di negeri itu. Untuk mengelak krisis politik Selangor berterusan, maka pilihan berikutnya adalah membubarkan DUN; Sultan boleh menitahkan Khalid agar membuarkan DUN untuk membolehkan krisis politik Selangor dibereskan once for all.

2 Responses to "Kemelut MB Selangor: Eloknya Sultan Panggil 15 ADUN Pas Untuk Pengesahan"

Anonymous said...

Apa dah jadi dengan SELANGOR ni,Yg banyak mengeruhkan keadaan adalah bukan rakyat SELANGOR ,mana perginya anak jati SELANGOR,Korang tak sayang ke negeri kelahiran korang, Sultan di tentang oleh melayu dan cina , Mana anak SELANGOR ,korang taknak mempertahankan SULTAN SELANGOR ke

berasiam said...

jika dr yaakob sapari, suhaimi dan haniza adalah anak jati selangor, ambillah langkah wajar mempertahankan negeri, rakyat dan raja. sedangkan saari sungip dan hasnul sanggup membelakangkan sumpah baiah dan wala kepada parti, masakan orang pkr lebih mementingkan parti yang ternyata dikuasai anwar ibrahim mendahului kepentingan negeri, rakyat dan rajanya. masih ada masa untuk dr. yaakob sapari, suhaimi dan haniza muncul sebagai wira yang dikenang dalam lipatan sejarah sebagai penyelamat keadaan.

Blog Archive