Translate

Thursday, 14 August 2014

Jika Saari Sungip Belot- Adalah Dijangka

JIKA ADUN Pas bagi Hulu Kelang Saari Sungip membelot, memang sudah dijangka. Saari sebelum menyertai PAS, adalah merupakan AMT PKR. Beliau adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Saari disertai Hasnul Baharuddin ADUN Pas bagi Morib menyatakan sokongan kepada Wan Azizah untuk dilantik sebagai MB Selangor. Dengan penyertaan dua ADUN Pas itu, maka Azizah mendapat 30 sokongan ADUN, dengan pecahan 13 PKR serta 15 DAP. Namun, ianya belum menjadi kenyataan memandangkan PAS hanya bermusyuarat pada 17 ogos; semuanya bakal berubah dalam tempoh itu.

PAS Pusat melalui Setiausaha Agungnya Mustafa Ali telahpun meminta Persurujaya Pas Selangor memberi laporan berkaitan penyertaan dua ADUN Pas itu pada sidang media Wan Azizah pada khamis.

Jika tidak berlaku perubahan terhadap kedudukan dua ADUN Pas itu, maka Tan Sri Khalid perlu mengadap Sultan Selangor sebelum sidang DUN pada November nanti, untuk memohon perkenaan membubarkan DUN bagi membolehkan PRN. Adalah lebih elok Khalid mengambil jalan itu, demi rakyat Selangor. Biarlah rakyat Selangor memilih parti mana yang perlu mewakili mereka.

5 comments:

Anonymous said...

Bubarkan DUN Selangor adalah jalan terbaik sekiranya dua ADUN PAS ini belot. Serahkanlah pada rakyat Selangor untuk membuat pilihan!

Moga moga Allah swt mengurniakan yang terbaik untuk Selangor. In Shaa Allah!

Anonymous said...

Lantaaaaak hangpaa Selangor.....kami org permatang Pauh dah serikk meluaattt dgn permainan Anuwaqq

Anonymous said...

Hgpa org selangoq ketegaqk, nk sangat PR merintah. Tu hgpa x serik lagi ka.

Anonymous said...

biar rakyat buat keputusan siapa mereka mahu mentadbir Selangor...sudah pasti orang yang talam dua muka tu masuk bakul sampah..dengan sendiri tak payah berkempen, orang ramai dah tahu siapa yang gila kuasa, mainan duit dalam politik,..semoga rakyat bangun melalui undi singkir mereka yang tidak menjalankan amanah allah...peminpin adalah menjalankan amanah allah bukan mkan duit untuk diri sendiri..rakyat makin matang..TSKI..di harap bubarkan dewan..

Anonymous said...

ADUN PAS SANGGUP BELOT, CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Labels

Blog Archive