Sunday, August 10, 2014

Isu MB Selangor: Anwar Gali Lubang Sendiri

PAS, yang sepatutnya bermesyuarat pada 10 Ogos untuk membincangkan kedudukan Khalid Ibrahim terpaksa menunda mesyuarat itu dua kali pertama pada 13 dan kemudian ke 17 Ogos. 

PAS kelihatannya berdepan dengan dilemma atas sebab Presiden parti itu secara terbuka menyokong mengekalkan Khalid; dan pendirian itu disokong pula oleh Dato Nik Aziz Mursidul Am Pas. Bukan itu sahaja, Majlis syura Pas juga menyokong agar Khalid dikekalkan.

Penundaan mesyuarat selama seminggu, menggambarkan PAS tidak dapat konsensus, atas sebab sangahan kumpulan liberal yang kebanyakannya penyokong Anwar. 

Semalam MPP PKR telah memecat Khalid daripada parti itu, sehingga ADUN Lembah Klang itu tidak berparti. 

Walaupun Khalid dipecat, namun sehingga kini tiada seorangpun exco Khalid yang turut meletakkan jawatan; ertinya Kerajaan Negeri masih berfungsi. 

Tiadanya exco yang meletakan jawatan, bererti, mereka masih menyokong Khalid sebagai MB, keadaan ini bercanggah dengan dakwaan Anwar mahu Lim Guan Eng bahawa Khalid tidak lagi mendapat sokongan.

Tindakan MPP PKR memecat Khalid lebih berunsur peribadi, atas sebab MPP sebenarnya tiada kuasa mempertikai keputusan kerajaan negeri seperti mana dakwaan MPP. Jika terdapat salah laku MB, bukannya MPP PKR yang perlu bertindak sebaliknya jawatankuasa select yang dipengerusikan oleh Speaker Dun Selangor Hannah Yeo.

Tindakan Anwar memaksa MPP memecat Khalid sebenarnya bukan boleh menyelesaikan isu MB Selangor, sebaliknya Anwar menggali lubang untuk menguburkan PKR.

Mungkin Anwar mahu melihat Pakatan hancur sebelum beliau masuk penjara, kerana kesalahan meliwat.

1 comment:

ras abu said...

Elok saja Anwar dipenjarakan dalam jangkamasa yanglebih panjang kerana beliau telah memporakperandakan Selangor

Blog Archive