Thursday, August 14, 2014

Benar Kah Wan Azizah Ada Sokongan 30 ADUN?

Wan Azizah Wan Ismail sanggup menyebut nama dua ADUN daripada PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) bagi menggenapkan jumlah 30 ADUN yang menyokong beliau bagi maksud untuk dilantik sebagai MB Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat oleh Anwar daripada PKR.

Jika benar bahawa dua ADUN PAS di mana menurut dakwaan Wan Azizah telah membuat surat akuan bersumpah untuk menyokong beliau; bererti ADUN Pas itu mendahului keputusan partinya sendiri; kerana PAS akan bermesyuarat untuk menentukan sokongan kepada Khalid pada 17 ogos ini.

Wan Azizah dalam sidang akhbar pagi tadi mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan 30 ADUN Selangor 13 PKR 15 DAP dan 2 PAS, dan menurut beliau semua 30 ADUN itu telahpun membuat surat akuan bersumpah menyokong beliau; atas sebab itu beliau akan menulis kepada DYMM Sultan Selangor menyatakan perkembangan itu.

Dalam reaksi segera berhubungan kenyataan itu, Tan Sri Khalid menyatakan melalui twitter beliau, jika benar dakwaan itu, maka ianya perlu diterjemahkan melalui undi di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kalaupun benar, bahawa Wan Azizah mempunyai sokongan 30 ADUN, Khalid masih mempunyai pilihan terakhir iaitu memohon perkenaan daripada Sultan untuk membubarkan DUN, di mana jika diperkenaankan, Khalid masih menjadi MB sementara sekurang-kurangnya dalam tempoh 60 hari.

Sama-samalah kita tunggu apa kah benar Wan Azizah mempunyai sokongan sebanyak itu? atau kah seperti Gerakan Sepetember Anwar pada tahun 2008, semuanya kantoi.

3 comments:

Anonymous said...

UNTUK LEBIH CANTIK PILIHANRAYA ADALAH YANG TERBAIK...BIAR JADI SEJARAH SIAPA YABG LEBIH POPULAR...DARI TSKI HILANG KERUSI MB...BAIK DIA BUAT PRK SELANGOR...BIAR SEMUA PUTIH MATA.

SUARA RAKYAT said...

Setuju anon

Anonymous said...

Kalau ikutkan memanglah membazir wang rakyat..harus diingat Selangor berjaya dibawah PAKATAN sebab TSKI..dimana TSKI penyumbang dana dan kemudahan harta benda negeri dan PBT ..jika bubar semua kemudahan itu akan beku..TSKI "alang alang mengenggam bara..." kalah jadi abu menang jadi arang...

Blog Archive