KEDUDUKAN Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor bukan lagi menghitung hari, akan tetapi menghitung jam.
Khalid kehilangan sokongan majoriti ADUN Selangor, apabila 30 ADUN 15 DAP, 13 PKR dan Dua Pas menyokong Wan Azizah Wan Ismail bukan rakyat Selangor untuk dilantik sebagai MB Selangor yang baru.
Pada 11 Ogos, Khalid mengadap Sultan Selangor dan mendapat perkenaan meneruskan jawatannya meskipun dipecat daripada PKR atas sebab sokongan 15 ADUN Pas dan tidak dibantah oleh 12 ADUN BN, namun selepas itu pada 14 Ogos, Wan Azizah mengadakan sidang media dan mendakwa mendapat sokongan 30 ADUN (termasuk dua ADUN Pas yan engkar atas arahan parti).
Ekoran pembelotan 2 ADUN Pas Saari Sungip Hulu Kelang dan Hanul Baharuddin Morib, maka Mesyuarat JKP Pas pada 17 ogos terpaksa melakukan pusingan U, daripada tidak menyokong Wan Azizah kepada menyokong; malah selepas itu menyokong hanya Wan Azizah sahaja dipersembahkan kepada Sultan untuk dilantik sebagai MB Selangor menggantikan Khalid.
Ironinya, walaupun Pas melakukan pusingan U, 13 ADUN Pas belum menyatakan sokongan secara terbuka apatah lagi akuan berkanun kepada Wan Azizah, maknanya, mungkin sahaja berlaku sesuatu yang bakal mengecewakan Wan Azizah. Atas sebab itu, sebelum Sultan memperkenaankan Wan Azizah atau sesiapa sahaja, elok baginda memanggil 15 ADUN Pas, khususnya dua ADUN yang dikatakan membelot itu. Baginda perlu mendapat gambaran jelas, kerana jika tidak, krisis politik Selangor, akan terus bergolak.
Apa kah kemelut/krisis politik Selangor adalah pengakhir kepada penguasaan anak jati negeri itu?
1 comment:
jika ada dari kalangan adun pkr adalah anak jati selangor, inilah masanya untuk mereka mengutamakan negeri, rakyat dan rajanya. sedangkan adun pas sanggup mengambil risiko mengetepikan sumpah baiah dan wala kepada parti, sudah tentu adun pkr lebih dipandang mulia sekiranya bertindak mengakhir krisis kepimpinan yang dicetuskan oleh syahwat anwar ibrahim. dr yaakob sapari, haniz dan suhaimi masih berpeluang untuk muncul sebagai wira penyelamat negeri selangor dari terus diperkotak-katikkan oleh anwar ibrahim dan kuncu-kuncunya. sekiranya adun pkr di kalangan anak selangor sendiri tidak bertindak mendahulukan negeri, rakyat dan rajanya, amat rugilah negeri selangor memiliki anak jati yang bersikap sedemikian rupa. biarlah terbuang dan terpinggir dari parti asalkan disanjung oleh raja, rakyat dan negeri. itulah sikap anak jati negeri yang sejati.
Post a Comment