Wednesday, July 23, 2014

Siapa Pembunuh Kartini Borhan?

Janda muda dan bekas Unduk Ngandau Keningau yang mati dibunuh dirumuhnya di Taman Adika Keningau pada 29 September 2011 Kartini Borhan kini statusnya sebagai pembunuhan tidak bersebab, perkara ini disebabkan suspek utama pembunuhan itu seorang Inspektor Polis Ahmad Rizal Umar, 32 tahun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Ahmad Rizal yang merupakan suspek utama direman sejak 14 Mei 2012 diputuskan dibebaskan tanpa memanggilnya untuk membela diri.

Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap suspek, atas sebab tiada fakta yang boleh mendorong pihak mahkamah untuk membuat keputusan untuk memanggil suspek membela diri.

Nasib Ahmad Rizal sebenarnya dibantu dengan kehilangan semua dokumen yang berkaitan siasatan dan fakta di tempat pembunuhan akibat satu kebakaran di Balai polis Keningau. Atas sebab itu, pihak mahkamah tidak dapat membuat keputusan tanpa bukti/fakta untuk dipertimbangkan. 

Keluraga Kartini menganggap kematian arwah hanya Tuhan saja yang mengetahuinya; sebab tiada lagi boleh dilakukan oleh pihaknya. Mahkamah memerlukan fakta yang sahih untuk mensabitkan seseorang; tanpa fakta terlalu sukar untuk membuat keputusan. Apapun kematian Karitini merupakan satu tragedi yang misteri yang menunggu untuk dibongkar bagi mereka yang berminat terhadap keadilan.

10 comments:

Anonymous said...

panjang ceritanya ..

kebakaran di keningau itu sebenarnya satu sabotaj, sengaja dibuat untuk menghilangkan bukti, siapa membuatnya? mestilah orang yang berkenaan dengan kes ! iaitu inspektor yg dituduh !

selain itu , ada 2..3 orang yang berkomplot bersama dengan si pembunuh , dengan tujuan agar si pembunuh itu terlepas dari pendakwaan , kalau kes ini sabit maka ....alamat si inspektor polis itu juga akan mati !

inilah permainan dunia ..

Anonymous said...

Adoiii ...

Tlg bg tahu apa yg terbakar??

yg kena bunuh ker atau yg terbunuh??

Apa bukti yg terbakar ni???

Lapuran kimia?? Lapuran Perubatan?? Lapuran fornesik?? saksi?? bukti persekitaran??

Tolonglah jangan jadi bodoh wakai para hakim dan peguam semua..

Semua lapuran itu ada di jabatan yg berkaitan dan itu adalah lapuran asal yg akan dikemukan oleh saksi pakar sebagai expert evidence..yg terbakar kat balai tu hanya salinan, takkan saki pun dah hangus terbakar...

Janganlah tunggu orang ulu hunus parang panjang penggal dan bertindak sendiri memenggal kepala pembunuh !!! atau kepala hakim dan kepala pendakwa????

Anonymous said...

banyak betul kes mahkamah macam main masak masak. ramai yang bersalah bebas hanya tak ada bukti tertentu. tolonglah buat kerja lebih.

Anonymous said...

Tahniah Tuan Inspektor..selamat bertugas kembali..

Anonymous said...

jadikan sebagai iktibar, muhasabah diri..biarlah Tuhan yang mengadili di akhirat kelak

Anonymous said...

2020 Inspektor tu dihukum Mati atas kesalahan membunuh Kartini Borhan. Karma itu tetap ada tdk kira lambat atau cepat ����

Unknown said...

Akhirnya dihukum mati inspector tu pada tahun 2020

Anonymous said...

Akhirnya kesabaran dan doA tidak berputus asa dari keluarga arwah, dimakbulkan yang maha Esa. Betul-betul memberi pengajaran dalam dunia yg rapuh dengan peraturan manusia ini. Allah maha besar

Anonymous said...

kalau janda muda tak gatal, siapa pula nak bunuh sampai tikam berkali kali. Perempuan tu pun tak tutup aurat. Hukuman mati pada orang yang belum tentu salah, bukti tak cukup, saksi tak ada. Kalau betul inspector salah, neraka tempat nya, tapi kalau dia tak bersalah? Ya yg menghukum pun nanti tanggung lah dosa me bunuh.

John pagarruyong said...

Dia di game...

Blog Archive