Latest News

Kedudukan Khalid Ibrahim Di Hujung Tanduk

Kumpulan Azmin Ali tidak akan berhenti, sehingga Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Isu yang digunapakai memaksa Khalid meletakan jawatan adalah kegagalan MB itu mempertahankan kedudukan jawatan dalam parti selain kekalahan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Khalid juga dikatakan enggan berbincang dengan parti dalam Pakatan Rakyat berkaitan keputusan-keputusan beliau sebagai Menteri Besar yang ada hubungkait dengan dasar-dasar yang beliau putuskan dalam pentadbiran negeri.

Usaha menggulingkan Khalid sebenarnya telah dirancang daripada awal, atas sebab itu adanya KAJANG MOVE. Rancangan Kajang Move untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding dan seterusnya menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar.

Hari ini dikhabarkan bahawa majoriti ADUN PAS dan DAP telah menyokong Azmin menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar, dan pergantian itu kemungkinan berlaku selepas Hari Raya. Namun kemuskilan utama yang dihadapi kepada pergantian itu adalah perkenan Sultan Selangor. Di mana Sultan, tiada isu yang boleh diambilkira untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar.

Anwar sendiri memuji Khalid berkaitan kejayaan MB itu mengukuhkan kewangan negeri. Sebenarnya tiada isu yang mendesak menggantikan Khalid, keculai daripada kumpulan Azmin yang mendapat restu daripada Anwar, tujuannya adalah untuk mendapatkan kuasa dan seterusnya menggunakan kuasa itu untuk mempergunakan kewangan yang ada dalam simpanan kerajaan negeri untuk memperkaya konco-konco mereka.

2 Responses to "Kedudukan Khalid Ibrahim Di Hujung Tanduk"

Anonymous said...

Tan Sri jangan takut. Yang mahukan TS letak jawatan hanyalah mangkuk2 dlm Pakatan yg nampak kekayaan dan kemewahan di Selangor.

Mangkuk2 PKR jgn lupa. Sedikit masa dulu mangkuk2 ni ada hina Tuanku Sultan. Skrg berangan nak jadi MB.

usin said...

terkini, khalid samadpun dah kena murka oleh sultan sebab biadab. bukan macam telur dihujung tanduk tapi macam telurnya kena tanduk. padan muka ko khalid...!!!

Blog Archive