Sunday, June 08, 2014

Apa Kah Krisis Antara DAP dan Pas Berlarutan?

Bagi Barisan Nasional; sudah tentu seronok melihat bahawa krisis antara DAP dan PAS akan berlarutan dan mengharapkan permisahan antara dua parti itu, seperti mana berlaku pada BARISAN ALTERNATIF sedikit masa lalu.

Perpisahan antara DAP dan PAS sudah tentu menguntungkan BN di Semenanjung, meskipun ianya bukan faktor yang boleh mempengaruhi Sabah dan Sarawak.

Krisis antara PAS dan DAP memuncak, selepas sahaja kekalahan DAP di PRK Teluk Intan. Sebagaimana kita maklum, DAP mempertahankan kawasan itu bersandarkan kepada kelebihan undi yang begitu besar pada PRU-13 lalu, iaitu 7,313 undi mengalahkan calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Sekali lagi Mah Siew Keong bertanding pada PRK 31 Mei lalu, namun berdepan dengan calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Semua kita tahu keputusannnya, Mah menang dengan majoriti tipis-238 undi apabila beliau mendapat 20,157 berbanding Dyana 19,919. Sebenarnya undi Mah itu hanya bertambah 87 undi berbanding undi yang diperolehinya semasa tewas pada PRU-13 mei 2013 lalu.

Kemenangan Mah itu, belum menggambarkan sokongan penuh pengundi Teluk Intan, memandangkan lebih 8,000 pengundi kawasan itu tidak turun mengundi. Namun, keadaan itu cukup memberi alasan kepada DAP mempersalahkan PAS, kerana PASlah pengundi "cina" yang tergolong dalam 8,000 itu tidak turun mengundi, alasan yang diberikan DAP adalah PROTES.

DAP melihat kekalahan calon parti itu Dyana, adalah SATU KEMENANGAN DALAM KEKALAHAN, kerana akibat tindakan PAS yang terus meniupkan undang-undang Hudud; meskipun awal-awal lagi PAS telah menangguhkan pembentangan undang-undang itu, kerana mengikut desakan DAP.

DAP mendakwa, kerana pejuangan Pas itulah, 8,000 pengundi DAP tidak turun mengundi. Namun, DAP lupa, sebenarnya calon DAP mendapat tambahan 3 peratus undi melayu pada PRK itu. Yang menyebabkan kekalahan DAP adalah penurunan undi cina dan india masing-masing 15 peratus dan 10 peratus kepada parti itu.

PAS kini melihat, bahawa parti itu menjadi kambing hitam kepada kekalahan DAP; akibatnya ada sebahagian pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan, bahawa DAP tidak lagi memerlukan pertolongan/sokongan PAS. Apa kah keadaan ini akan merebak, sehingga reka menunggu pecah antara DAP dan PAS akan berkesudahan sepertimana Barisan Alternatif? Sama-sama Kita Tunggu Kesuadahannya.

2 comments:

bruangkoko said...

Melayu bebal undi lagi calon DAP. Tambah 3% plak tu. Pelik sungguh orang melayu

Anonymous said...

Ini semua wayang dap dan pas jadi jgn lah cepat terpengaruh.lepas ni ni kit siang dan nik ajis akan berpelukan maka semua hal settle dan kembali seperti biasa...wayang bro...mcm tak biasa

Blog Archive