Latest News

Tindakan Ahmad Said Memerlihatkan Pemimpn Umno Tamak dan Haloba

Tindakan Datuk Ahmad Said, mantan Menteri Besar Terengganu, keluar daripada Umno, atas sebab digantikan sebagai Menteri Besar, hanya memperlihatkan kepada rakyat jelata, betapa tamak dan halobanya pemimpin Umno. 

Ahamd Said yang juga ADUN Kijal mengumumkan keluar daripada Umno sebaik sahaja penggantinya Datuk Ahmad Zarif Abdul Rahman mendapat watikah dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu pada malam Selesa.

Berikutan keluarnya Ahmad Said, dua ADUN daripada Umno juga turut mengumumkan keluar daripada Umno, yang menyebabkan kedudukan kerusi di DUN Terengganu kini adalah BN=14, PAS=14, Bebas=3 dan PKR=1; atas sebab PAS dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat, maka seharusnya dua parti itu membentuk kerajaan baru Terengganu; namun berasaskan undang-undang tubuh Terengganu, disebabkan Speaker juga merupakan sebahagian daripada ADUN, maka memungkinkan BN masih memerintah. Pada kedudukan itu, MB hanya atas nama sahaja demikian juga para exco, hanya pada nama sahaja, atas sebab mereka tidak boleh meluluskan apa-apa termasuk peruntukan atau bajet. Juga, kerajaan itu akan bila-bila masa tumbang, jika undi berbelah bahagi berlaku.

Kronologi Krisis Terengganu

12 Mei

- 6.30 petang : Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Terengganu.

- 8.30 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei.

- 9.30 malam : Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

13 Mei

- 1 pagi : ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib umum keluar Umno dan isytihar sebagai wakil rakyat Bebas.

- 8.30 pagi : ADUN Bukit Besi Roslee Daud umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

- 9.30 pagi : Kedudukan kerusi DUN Terengganu (32 kerusi) selepas Ahmad, Ghazali dan Roslee umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas - BN (14), PAS (14), PKR (1), Bebas (3).

- Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Azhar Abdul Hamid berkata dengan kedudukan kerusi pembangkang 15, BN 15 termasuk satu kerusi Speaker DUN Terengganu, Bebas 3, BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu setakat ini kerana merujuk kepada kerajaan mana yang memerintah selepas PRU13.

- 11.20 pagi : ADUN Kemasik Rosli Othman nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat bebas.

- 12.30 tengah hari : ADUN Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas.

- 12.30 tengah hari : Ketua Polis Daerah Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata keadaan keselamatan di Terengganu terkawal dan orang ramai masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

0 Response to "Tindakan Ahmad Said Memerlihatkan Pemimpn Umno Tamak dan Haloba"

Blog Archive