Monday, May 19, 2014

PRK Teluk Intan: Mengapa Bangsa Melayu Tiba-Tiba Penting Kepada DAP?

Dyana: Buka dan TUTUP
Apapun alasan yang diberikan DAP, berkaitan pemilihan Dyana Sofya Mohd Daud bagi mewakili parti itu pada PRK Teluk Intan; namun hakekatnya adalah DAP tahu bahawa undi yang diperolehi daripada kaum cina pada dua PRU lalu yang membolehkan parti itu memenangi kawasan itu, bakal tidak diperolehi lagi.

Pemimpin DAP tahu, jika parti itu meletakan calon bangsa cina sekalipun tidak akan mendapat jumlah yang diperolehi parti itu pada dua musim PRU lalu. Untuk mengatasi itu, maka calon berbangsa melayu perlu dipilih, tujuannya untuk menarik pengundi melayu, bagi mengatasi kemerosotan pengundi bangsa cina.

DAP memang sudah melakukan penyelidikan, sekalipun calon BN Datuk Mah Siew Kong tewas dua PRU berturut-turut, namun semasa tewas itu, beliau berkedudukan lain dalam parti Gerakan, namun pada kali ini, adalah seorang Presiden komponen BN. 

Sekalipun Siew Kong tewas dua kali, namun beliau masih mempunyai sokongan daripada kaum cina, atas sebab rekod beliau yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama dua penggal.

Dalam selidikan DAP, untuk mengatasi kemerosotan undi kaum cina, yang biasa berlaku pada setiap PRK, maka perlu diatasi kepada pertambahan undi bangsa lain, dalam hal ini, undi bangsa melayu merupakan king factor kepada kemenangan calon parti itu.

Demikian juga kepada calon BN, pengundi bangsa melayu adalah fixed deposit bagi Siew Kong; dan untuk menang, maka undi bangsa cina menjadi king factor. Oleh kerana calon BN berbangsa cina, maka cukup mudah baginya mendapat sokongan kaumnya; dan jika berasaskan keputusan PRU-13 lalu, jika Siew Kong mampu menarik tambahan 4,000 pengundi bangsa cina, sudah pasti beliau bakal merampas kerusi Parlimen Teluk Intan.

Bagi calon DAP pula, walaupun calon itu berbangsa melayu, tidak semestinya dapat menarik pengundi melayu, kerana mereka tahu, bahawa Dyana hanya dipergunakan sebagai alat untuk mengabui mata mereka, menjayakan perjuangan DAP yang berasaskan kepada sosialis, kesmararataan, anti monrakhi, Malaysian Malaysia.

Kini pengundi melayu Teluk Intan, sudah tentunya tertanya-tanya, mengapa bangsa melayu tiba-tiba begitu penting kepada DAP. Kata dialog dalam Filem P.Ramlee- Madu Tiga "Ada Mahunya Tu".

No comments:

Blog Archive