Latest News

PRK Teluk Intan: Antara Warga Mas dan Anak Muda

Pertembungan antara calon BN dan DAP, bagaikan pertembungan antara warga mas dan anak muda. Kalaulah dilihat daripada segi pengalaman dan asam garam politik dan kehidupan, sudah tentu, warga mas mempunyai kelebihan, namun daripada segi nafas dan tenaga maka anak muda mempunyai kelebihan.

BN mempertarukan pemimpin veteran Gerakan dan bekas MP kawasan itu, sebelum tewas dua kali, masing-masing pada PRU-12 dan PRU-13.

Dyana Sofya Mohd Daud telah dinamakan sebagai calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Dyana Sofya, 27, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, telah diumumkan sebagai calon bertanding oleh Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng pada pembukaan pusat operasi pilihan raya parti itu di sini pada Sabtu.

PRK Parlimen Teluk Intan pilihan raya dipanggil berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei.

Seah (DAP) memenangi kerusi Teluk Intan dengan majoriti 7,313 undi pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, menewaskan Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional dan K. Moralingam, calon bebas.

Penamaan calon diadakan pada 19 Mei, manakala pengundian pada 31 Mei.

1 Response to "PRK Teluk Intan: Antara Warga Mas dan Anak Muda"

Anonymous said...

Apakah jenis manusia yg habis habisan menentang hak2 bangsa sendiri ..?

Blog Archive