Dikatakan, semasa pertukaran kawalan antara Menara Kuala Lumpur dengan Ho Chi Minh, berlakukan perubahan laluan dengan mendadak. Pesawat dikatakan terbang melepasi limit, 45,000 kaki atas permukaan laut, kemudian terbang serendah 5,000 kaki, melalui laluan seperti pada grafik. Jika demikian keadaannya, memang telah berlaku satu misi yang tidak diketahui, yang menyebabkan pesawat itu hilang misteri.
Melihat cara pesawat itu dikendalikan, hanya seseorang yang berpengalaman yang mampu melakukannya, atau memang pesawat itu dibawa kendalian "drone" sehingga mampu mengelak radar. Melihat laluan pesawat itu, benar-benar dihujung Pulau Sumatera, ianya memang mahu mengelak radar Indoensia. Namun mengapa laluan pesawat itu dibelokkan ke arah Perth? tidak secara lurus? kalau lurus atau sebelah kanan, maka akan sampai ke Diego Garcia.
Mendengar rakaman antara menara Kuala Lumpur dengan juruterbang pesawat itu, hanya berakhir 2 minit sebelum pesawat itu hilang secara tiba-tiba; jika berlaku masalah enjin atau masalah lain, sudah tentu juruterbang, punya masa membuat panggilan, namun ianya tidak berlaku. Laporan awal, mengatakan bahwa transponder pesawat itu ditutup pada 1.07 kemudian 1.22 sebaik Juruterbang menjawab Good night Malaysian Three Seven Zero. Ertinya pesawat dalam keadaan normal, dan apabila berlaku pertukaran ruang udara, maka berlakulah tindakan menjadikan pesawat itu misteri. Apa yang pelik, juruterbang pesawat itu mengulangi tiga kali bahawa pesawat itu terbang pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut, pertama jam 00.50.06; 01.01.16; 01.07.55 dan juruterbang masih menjawab pada 01.19.24 sebelum hilang pada 01.21.13.
Kesilapan tetap kesilapan, kalau tidak berlaku kesilapan antara menara KL dan HCM, maka kemungkinan pesawat itu tidak dapat meneruskan misi misterinya.
1 comment:
lalu dihujung sumatera dan masih dalam ruang udara indonesia. mengapa radar indonesia pun tak dapat kesan ?
Post a Comment