Permulaan tulisan ini merupakan argumentasi, pandangan serta cuba merasakan apa yang dirasa oleh sebahagian besar rakyat negara ini, kemudian di hujung tulisan ini, akan cuba dikupas pengertian penulis berkaitan Hudud. kupasan itu memang banyak kekurangannya, atas sebab penulis sendiri bukan ahli agama yang bertauliah; hanya fitrah sebagai orang yang menganut agama islam.
Kelantan mahu laksanakan Hudud, atas alasan lebih 90 peratus penduduknya beragama islam; bagaimana pula Pulau Pinang, di mana penduduknya lebih ramai bukan beragama islam (Peratusan AYT tidak tahu); tetapi melihat jumlah kerusi yang dimilki DAP, menggambarkan peratusan itu. Apa kata, secara ekstrim, kerajaan Pulau Pinang mahukan perundangan berasaskan agama bukan islam? masa itu akan timbulkah pertanyaan PAS? Anda beriman atau tidak; anda percaya pada kalimah Tuhan atau tidak; anda mahu Islam atau tidak? kalau itu berlaku, maka penduduk islam Pulau itu akan memberontak, maka apa yang berlaku? Perang agama!!!. Keadaan ini lah yang dielak pemimpin negara sejak merdeka. Atas sebab itu juga PAS tertubuh oleh kalangan pemimpin Umno yang ekstrim agama; manakala pemimpin Umno yang bersifat kebangsaan mempertahan Umno yang ada sekarang. Namun, akhir-akhir ini, apabila isu hudud timbul semula, nampaknya Umno melonggarkan pendirian itu melalui kenyataan Najib "Umno tidak menolak Hudud" dan "Ditubuhkan jawatankuasa teknikal untuk mengkaji hudud Kelantan".
Pelembagaan Persekutuan menerima agama rasmi persekutuan adalah islam; namun membebaskan penganut agama lain mempraktek agama masing-masing.
Malaysia ada dua mahkamah- Mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Setakat ini, mahkamah syariah hanya menghakimi pertelengkahan keluarga islam, seperti masalah percerian, masalah pembahagian harta, masalah khalwat, masalah tidak berpuasa di bulan ramadahan, orang islam ditangkap kerana minum arak; manakala yang membabitkan rompakan, pembunuhan, mencuri, sodomi yang membabitkan orang islam dibicarakan di mahkamah sivil. Nah, disinilah timbulnya pandangan yang berbeza, kalau bukan islam sudah pasti menggunakan mahkamah sivil, apa kah yang beragama islam punya pilihan? samada didakwa di mahkamah sivil atau syariah (hudud)? atau orang islam tiada pilihan? kalau berlaku pilihan? maka Hudud tidak akan berfungsi sepertimana yang diharapkan; kalau tiada pilihan, maka bagi orang islam hanya ada satu mahkamah, orang bukan islam demikian juga. Nah disinilah perbedaan akan berlaku; si ong dan si ali, melakukan rompakan bersama, si ong dihukum 5 tahun penjara, manakala si ali, terpaksa kehilangan tangan. seumur hidup si ali tanpa tangan, manakala si ong lepas 5 tahun, kembali manusia utuh. Di sinilah menurut Tun Dr Mahathir, kelihatan tidak berlakunya keadilan, sedangkan menurut Allah, menghukum itu wajib seadil-adilnya.
Oklah hanya Kelantan yang melaksanakan hukum Hudud, bukan negeri-negeri lain. Memangpun Kelantan layak, atas sebab penduduknya majoriti orang islam. Kalaulah penduduk bukan islam tidak senang dengan Hudud boleh sahaja berpindah ke negeri lain. Timbul juga pertanyaan, apa kah rakyat Kelantan yang melakukan kesalahan hudud bukan berlaku di negeri Kelantan, akan tetapi di Kuala Lumpur atau tempat-tempat lain? apakah juga dibicara menurut hukum hudud Kelantan? Perkara-perakara inilah yang perlu diperhalusi. Jika tidak, maka Hukum Hudud negeri Kelantan itu, hanya terkunci di Kelantan; bukannya melibatkan rakyatnya. Kelantan kalau juga mahu melaksanakan Hudud, perlu meliputi semua rakyatnya, samada rakyatnya tinggal di Kelantan atau tempat lain; agar supaya matalamat dan tujuan Hudud itu tercapai, sesuai dengan perintah Allah. Jangan seperti pak arab, kalau di negaranya lengkap dengan jubah, wanitanya purdah, namun apabila sampai di Kuala Lumpur atau Puhket, masaalah!!!
Senario Di ataslah yang berlaku dan difahami sebagai besar rakyat negara ini. Cuba ikuti kupasan sedikit berkaitan Hudud berikut;
Hudud dilaksana di zaman Rasulullah. Tidak banyak kes dilaporkan. Ada masa pelaksanaan hukum hudud digantung sebab peperangan dan di zaman Khalifah Umar kerana kebuluran.
Sejarah membuktikan hudud pernah dilaksanakan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka selepas kemasukan Islam di Melaka pada 1409.
Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Hudud daripada segi bahasa bermaksud sempadan, had, halangan atau sekatan dan pada sudut istilah pula bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda dan ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim.
Terdapat enam kesalahan hudud yang disepakati oleh semua ulama, iaitu zina, qazaf (menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi), mencuri, hirabah (rompakan), minum arak dan murtad.
Hakikatnya, orang Islam pada dasarnya memang tidak boleh menafikan hukum-hakam yang disebut di dalam al-Quran, tetapi harus diketahui bahawa terdapat batas-batas dalam mentafsirkannya.
Ini kerana apabila manusia mentafsir hukum-hakam dalam al-Quran, dikhuatiri tidak sama dengan maksud yang terkandung dalam kitab suci itu. Sebagai contoh, hudud yang dilaksanakan di Pakistan dan Somalia telah mengundang banyak kritikan daripada pelbagai pihak.
Selain itu, orang bukan Islam juga perlu diberi pendedahan tentang tujuan sebenar pelaksanaan hudud kerana kita tidak mahu mereka kata hudud adalah sesuatu yang kejam.
Anggapan negatif hukum hudud bahawa ia undang-undang zalim termasuk hukuman kerat tangan bagi kesalahan mencuri telah sekian lama dipropagandakan oleh media Barat sehingga menakut-nakutkan orang bukan Islam.
Namun ia tidak bermaksud tidak boleh dilakukan asalkan masyarakat dan kerajaan bersetuju secara dasar untuk melaksanakannya.
Berikut Titah Sultan Brunei Berkaitan Undang-Undang Hudud Di negara itu berkuatkuasa 1 Mei 2014.
."Pada 22hb Oktober 2013 yang lalu Beta telah mengumumkan perwartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013, maka pada hari ini setelah berlangsung 6 bulan Beta dengan bertawakal kepada Allah SWT serta bersyukur mengistiharkan bahawa esok hari Khamis 1 Rejab 1435H bersamaan 1hb Mei 2014M adalah tarikh mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013 fasa pertama yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya."
"Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkan sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan enam bulan selepas akta digazetkan dimana sehingga ke hari ini pun ia masih lagi didalam lingkungan 6 bulan tersebut."
"Alhamdulilah dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah di amalkan beberapa kurun terdahulu di Negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugamanya. Ini pasti berlaku sebagaimana firmannya dalam surah Muhammad ayat 7 tafsirnya: Wahai orang orang yang beriman, jika sekiranya kamu menolong agama allah, nescaya Allah akan menolong dan membela kamu untuk mencapai kemenangan serta menatapkan pendirian kamu dalam membela kebenaran."
"Dengan mengembalikan segala pujian kepada Allah maka kewajipan Beta dan kewajipan kita semua dihadapannya dalam perkara perundangan sudah pun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing terutama agensi-agensi yang berkaitan hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungajawap, amanah dan berhemah. Ingatlah fokus kita hanyalah kepada Allah jua untuk mencari redha nya semata mata bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak."
"Kita tidak pernah melihat orang lain dengan kaca mata yang buruk kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka untuk menerima dan mempersetujui kita tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja sebagaimana kita juga menghormati mereka."
"Adapun andaian-andaian berupa berbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang dengan teori yang statusnya tidak lebih dari teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan Allah. Sesungguhnya tuntutan Allah itu bukanlah ia teori tetapi hukum wajib yang tidak ada keraguan padanya. Kalau teori mengatakan undang-undang Allah kejam dan tidak adil tetapi Allah sendiri telah menegakkan undang2nya, itu adil. Maka dimanakah harga teori itu disini berhadapan dengan wahyu Allah."
"Dengan ikhlas kita tegaskan bahawa keputusan untuk melaksanakan perintah Kanun Hukuman Jenayah Sariah 2013 ini bukanlah untuk suka-suka tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Beta amatlah berbangga dan sukacita atas pendirian rakyat dan penduduk Negara ini yang telah menyatakan sokongan tidak berberlah bahagi termasuk di kalangan mereka yang bukan berugama Islam. Lebih-lebih lagi sokongan padu itu turut diambil oleh ahli2 Majlis Mesyuarat Negara di dalam siding nya yang berlangsung baru-baru ini."
Dunia tertumpu kepada Malaysia sebagai negara Islam yang maju terutamanya UMNO mengenai isu hukum hudud terutama yang kerajaan PAS Kelantan mahu bentang di Dewan DUN dan seterusnya memujuk untuk di bawa ke parlimen.
PM DS Najib menyatakan kerajaan tidak pernah menolak hudud, sebaliknya banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.
Katanya, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
Sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.
Tun Mahathir berkata beliau melihat umat Islam di negara ini belum bersedia melaksanakan hukum hudud.
Ini kerana pihak yang ingin melaksanakan hudud itu tidak mengutamakan soal keadilan yang ditekankan dalam Islam, sebaliknya melaksanakan hudud mengikut cara mereka sendiri.
Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam dan baik, tetapi kita tidak boleh beri kuasa untuk menghukum kepada orang yang tidak faham tentang keadilan yang disebut dalam Al-Quran.
Beliau tetap dengan pendiriannya sebelum ini bahawa tidak adil berlaku perbezaan hukuman antara umat Islam dan bukan Islam bagi kesalahan yang sama.
UMNO sejak daripada zaman presiden pertamanya, Tunku Abdul Rahman Putra lagi konsisten dengan pendirian undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini, disebabkan kepelbagaian budaya, agama dan kaum di negara ini serta bertentangan dengan Perlembagaan negara selain ia juga adalah suatu mainan politik parti berkenaan.
Atas sebab itu, kumpulan ulama yang pada ketika itu menerajui Biro Agama UMNO pada 1951 tidak boleh menerima pendirian parti pada zaman itu, bertindak keluar dan menubuhkan PAS semata-mata mahu terus berjuang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam termasuk hudud.
PAS sejak itu, berterusan menarik sokongan orang Melayu di negara ini, dengan memutarbelitkan mengenai hudud dan menuduh UMNO membelakangkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Hakikatnya, UMNO yang berjaya menegakkan ajaran Islam negara ini, dan adakah segala dasar atau inisiatif yang dilakukan kerajaan serta parti untuk mempertahankan serta mengembangkan Islam di negara ini, tidak dikira sebagai suatu dakwah semata-mata kerana tidak melaksanakan undang-undang hudud.
Pada masa sama, rakyat juga perlu menilai sama ada pelaksanaan hudud akan membantutkan pembangunan ekonomi kerana tiada negara yang melaksanakan undang-undang berkenaan berjaya dalam ekonomi, sosial, politik termasuk hak asasi manusia dan wanita dan kebanyakan negara termasuk Arab Saudi melaksanakan hudud disebabkan kepentingan politik semata-mata.
Walaupun, Malaysia tidak melaksanakan hudud sejak merdeka tetapi negara di bawah pemerintahan BN dan UMNO sebagai tunjangnya berjaya menerima pengiktirafan dunia Islam dengan mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara Islam paling maju di dunia.
Jika Allah SWT melaknatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kerana tidak melaksanakan hudud, adakah segala kemakmuran dan pembangunan yang dikecapi selama lebih lima dekad merdeka ini, tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Strategi PAS untuk membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada Jun ini, adalah suatu gimik politik kerana mahu membuktikan kepada penyokongnya bahawa PAS adalah rakan kongsi utama dalam pakatan pembangkang serta boleh membuatkan DAP dan PKR tunduk kepada parti itu.
DAP dan PKR sudah menyatakan tidak bersetuju dengan agenda hudud. PAS tersepit kerana mendapat tentangan hebat dari rakan-rakan Pakatan selain dari parti MCA dan Gerakan.
Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.
Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.
Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.
Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.
Lebih dari itu, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.
Zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud.
Zaman ini juga sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.
Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.
Jika demikianlah keadaan zaman kini maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif.
No comments:
Post a Comment