Latest News

Almarhum Sultan Azlan Shah Selamat Disemadikan

Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan bersebelahan Masjid Ubudiah di sini, pada jam 6.25 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah Almarhum diusung menggunakan Siraja Diraja dari Istana Iskandariah kira-kira jam 4 petang. 

Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja. 

Jenazah Almarhum tiba di pekarangan Masjid Ubudiah pada jam 4.25 petang diiringi Pasukan Istiadat Angkatan Tentera dan alunan nafiri sebelum disembahyangkan.

Turut mengiringi, Sultan Perak yang baru diisytiharkan, Sultan Nazrin Shah dan anggota kerabat diraja serta pembesar negeri.

Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah disembahyangkan pada jam 5.10 petang.

Talkin dibacakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

0 Response to "Almarhum Sultan Azlan Shah Selamat Disemadikan"

Blog Archive