Sunday, April 20, 2014

Sodomi II: Menghitung Hari- Anwar Bakal Ke Sungai Buloh.

AYT membaca 85 muka surat penghakiman 3 orang Hakim Mahkamah rayuan berhubung rayuan kes sodomi II Dato Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan Mahkamah rayuan antara lain:- Hakim mahkamah Tinggi Zabidin Md Diah terkhilap membuat keputusan, atas sebab itu Mahkamah rayuan perlu campur tangan demi kepentingan undang-undang.

Hakim-hakim mahkamah rayuan mendapati, bahawa Anwar tidak menafikan semua pertuduhan terhadapnya, sebaliknya menyalahkan pihak lain yang tiada hubungan dengan kes tersebut.

Mahkamah rayuan juga menyebutkan, bahawa pada awal perbicaraan sodomi II, di peringkat Mahkamah Tinggi, Hakim membuat keputusan yang betul berasaskan undang-undang, atas sebab itu Tertuduh diminta membela diri atas pertuduhan terhadapnya. Namun diakhir perbicaraan, Hakim berkenaan terpengaruh dengan hujah-hujah yang bersifat hearsay dan bersifat andaian, sehingga jika keputusan itu tidak diperbetulkan maka akan berimplikasi terhadap undang-undang. 

Anwar dan penguambelanya pada peringkat Mahkmah Tinggi berjaya mengheret Hakim menyebelahinya, atas sebab itu tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan atas sebab teknikal; walaupun tertuduh tidak diberishkan daripada meliwat pembantu peribadinya.

Keputusan Hakim-hakim mahkamah rayuan adalah untuk memperbetulkan undang-undang, agar yang bersalah tetap bersalah, dan tidak bersalah tetap tidak bersalah. Oleh kerana keputusan Hakim-Hakim mahkamah rayuan benar-benar mempergunakan undang-undang yang sedia ada secara telus dan betul, maka Anwar menganggapnya, adalah keputusan yang tidak adil; manakala apabila beliau dibebaskan oleh mahkamah Tinggi, melalui keputusan Hakim yang silap, maka beliau menganggapnya sebagai adil.

Anwar sedang merayu keputusan Mahkamah rayuan yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara pada 7 Mac. Apa kah mahkamah persekutuan akan mengekalkan keputusan Mahkamah rayuan? atau membebaskan Anwar? Namun, berasaskan penghakiman Hakim-hakim mahkamah rayuan yang dikeluarkan pada 18 April, nampaknya tiada celah atau loophole, bagi mahkamah Persekutuan mengubah keputusan itu.

Nampaknya, hanya menghitung hari, Anwar bakal menghuni Sungai Buloh.

4 comments:

anti-LGBT , PR dan Ad-Dajjal said...

Tak lama lagi ko orang tengok lah nanti si B.A.B.I ni mula pakai dia nya neck guard putih besaq tu dan kerusi roda mendiang si wilca tu. Aku harap ko orang tak terpedaya dengan opera cina si B.A.B.I ni lagi......

Anonymous said...

semoga si peliwat jahanam ni di penjara sampai mampos...

Anonymous said...

Cepat le. Tunggu apa lagi.

Anonymous said...

Harap dpt buat rayuan agar hukuman penjara di lanjutkan lg ke 20thn. Atok mental mcm ni x boleh dibiarkan berkwn dgn rakyat marhein. Hancur rakyat dibuatnya.

Blog Archive