Monday, April 21, 2014

Sodomi II: Mahkmah Hanya Adil dan Betul Apabila Membebaskan Anwar-Pembangkang

9 Januari 2012, apabila Mahkamah Tinggi membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat, penyokong Pakatan Rakyat memuji "keberanian" hakim yang membicarakan kes itu yang menurut mereka melakukan perkara yang betul. 

Namun sebaik Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu baru-baru ini, kumpulan penyokong Pakatan Rakyat itu cuba mempertikaikan keputusan itu kononnya berlaku kegelinciran keadilan dan campur tangan politik. 

Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, keputusan mahkamah itu dianggap adil atau betul sekiranya memihak kepada mereka dan "salah atau tidak adil" sekiranya mahkamah membuat keputusan sebaliknya.

Dalam perbicaraan kes jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan kesalahan tertuduh. Tertuduh tidak perlu membuktikan ketidakbersalahannya. Inilah sebenarnya asas Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan ke atas Anwar dalam kes liwat pertama pada 2 Sept 2004. 

Dalam kes ini, tiga hakim Mahkamah Persekutuan sependapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kesalahan Anwar. Dalam masa yang sama, hakim tersebut percaya bahawa Anwar "bersalah" tetapi oleh kerana pihak pendakwaan gagal membuktikannya maka mahkamah tidak mempunyai pilihan dan seterusnya membebaskan Anwar.

Ini mungkin merupakan satu daripada keputusan mahkamah yang mengundang kontroversi di mana hakim-hakim terbabit yakin Anwar bersalah tetapi masih dibebaskan kerana kegagalan di pihak pendakwaan mengemukakan hujah kes yang menimbulkan tahap keraguan. Jelas sekali, isunya bukan soal sama ada Anwar tidak bersalah atau bersalah. Faktor penolakan itu hanya berasaskan aspek teknikal. Panel hakim menyimpulkan bahawa  dia bersalah tetapi gagal dibuktikan di mahkamah.

Ramai rakyat Malaysia yang kelihatan lupa perkara-perkara kecil yang terlepas pandang seperti dalam kes Anwar. Faktor teknikal inilah yang menyaksikan Anwar dibebaskan sebelum ini.

Dalam perbicaraan kes liwat Anwar yang kedua, tahap pembuktian yang sama terpakai. Pihak pendakwaan perlu membuktikan kesalahan Anwar. Beban pembuktian dipikul sepenuhnya oleh pihak pendakwaan, dan bukti yang ada di pihak pendakwaan ialah dakwaan liwat yang dibuat oleh mangsa itu sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tambahan pula, dalam pendakwaan kes jenayah, walaupun beban pembuktikan terletak pada pihak pendakwaan dan tertuduh tidak perlu membuktikan tidak bersalah, namun jika tertuduh berjaya menimbulkan keraguan maka manfaat keraguan mesti diberikan kepada tertuduh. Ini bermakna, walaupun tertuduh tidak perlu membuktikan tidak bersalah, namun tertuduh masih perlu menimbulkan keraguan dan sekali keraguan ini dibangkitkan, keputusan akan memihak kepada tertuduh.

Dalam kes ini, Anwar gagal berbuat demikian. Anwar tidak menafikan bahawa beliau sebenarnya berada di tempat kejadian kes jenayah liwat itu. Anwar tidak menafikan bahawa Saiful telah pergi ke sana untuk bertemu dengannya dan seterusnya menyerahkan sampul surat. Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua Anwar dan Saiful memasuki dan meninggalkan tempat kejadian itu. Anwar kemudian memfailkan notis alibi dan dikatakan beliau bersedia untuk memanggil 14 saksi bagi menyokong dalihan alibi itu termasuk isterinya sendiri. Akhirnya tiada satu pun saksi dipanggil, dan tiada alasan atau sebab diberikan mengapa beliau memutuskan untuk membatalkan rancangan memanggil 14 saksi tersebut.

Hujah pembelaan Anwar hanya merupakan penafian semata-mata iaitu bukan pembelaan sebenar. Anwar memilih untuk tidak mahu memberi keterangan bersumpah, sebaliknya membaca kenyataan daripada “kandang tertuduh, bukan kandang saksi. (Kebiasaannya undang-undang langsung tidak memberi sebarang nilai perundangan kepada kenyataan sebegini, kerana ianya tidak dibuat melalui sumpah, dan tertuduh langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh Mahkamah). Oleh itu, penafian Anwar hanya terjumlah sebagai satu kenyataan dan tidak dianggap sebagai keterangan (lisan atau bukan lisan). Ia hampir serupa membuat kenyataan akhbar di luar mahkamah.

Bagaimanapun, dalam tuduhan atau dakwaan seumpama itu, terdapat keperluan bukti kukuh yang menyokong dakwaan Saiful. Bukti itu diperolehi melalui pemeriksaan DNA yang menyokong tuduhan bahawa Anwar telah mengadakan hubungan seks dubur (luar tabii) dengan Saiful. Walaupun pihak pembelaan Anwar mengemukakan dua saksi pakar untuk mencemar dan menonjolkan kecatatan penemuan ahli kimia kerajaan mengenai ujian DNA, namun kedua-dua saksi pakar menyatakan bahawa apa yang mereka kemukakan hanya pendapat atau pandangan mereka semata-mata. Oleh itu, keterangan ahli kimia kerajaan dianggap "lebih kuat" berbanding pendapat dua saksi pakar tersebut.

Mahkamah Rayuan telah mengambil kira segala fakta-fakta ini dalam mengenepikans keputusan membebaskan Anwar sebelum ini. Dasarnya ialah Anwar gagal menimbulkan keraguan berhubung dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya. Beliau hanya menafikan dakwaan itu tanpa apa-apa bukti yang menyokong penafian itu. Rakaman CCTV menunjukkan bahawa Anwar dan Saiful kedua-duanya berada di tempat kejadian jenayah tersebut dan Anwar tidak mempunyai sebarang alibi untuk membuktikan bahawa beliau tidak berada di situ ketika kejadian itu berlaku. Oleh itu, berdasarkan keterangan yang dikemukakan di mahkamah, Mahkamah Rayuan mendapati (menganggap) beliau bersalah sebagaimana yang dituduh.

Anwar membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu dan kita akan mengetahui tidak lama lagi sama ada sabitan itu kekal atau sebaliknya, dan sama ada ia didukung dengan peningkatan hukuman. Jika keputusan memihak kepada Anwar, penyokong Pakatan Rakyat akan menyambut baik dan menyifatkannya sebagai keputusan yang adil, dan jika tidak, mereka akan menuduh atau mendakwa bahawa ia adalah satu konspirasi politik. Ini menggambarkan tahap kematangan yang sangat rendah di pihak mereka yang mendakwa berjuang menegakkan sebuah sistem kehakiman yang bebas. Bagi mereka, sistem kehakiman yang bebas bermakna mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada pembangkang. Posting ASAL 

1 comment:

Anonymous said...

Pssttt.. meh aku bagitau satu RAHSIA BESAR kenapa anwar boleh terlepas dalam perbicaraan di mahkamah tinggi dulu. RAHSIA BESAR ialah kerana Hakim yang yang mengendalikan kes tersebut adalah seorang hakim yang BAHALOL..!!!

Jangan saman aku, aku cuma ungkapkan apa yang anwar beritahu rakyat suatu ketika dulu... rahsia ni tau...


http://belantan.blogspot.com/2013/01/anwar-sifatkan-hakim-bahalol-laporan.html

Blog Archive