Kini peguam utama Anwar telah tiada. Rayuan di Mahkmah persekutuan berkaitan keputusan Mahkamah rayuan yang mendapati Anwar bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun masih belum bermula.
Apa kah Anwar akan dapat seorang peguam utama setanding Tan Sri Shafee Abdullah? sedangkan Mendiang Karpal Singhpun kecundang?
Karpal adalah seorang peguam kriminal yang handal, namun apabila berdepan dengan Shafee, misalnya sodomi II, beliau kecundang.
Di Mahkamah persekutuan nanti, Shafee merupakan DPP. Melihat keputusan mahkamah rayuan dan hujah DPP, nampaknya tiada kecacatan penghakiman itu. Tiada loophole yang boleh dicela oleh Mahkamah Persekutuan. Sebabnya, dalam keputusan mahkamah rayuan, dengan jelas dinyatakan bahawa Anwar bersama peguambelanya, sebenarnya tidak menafikan pertuduhan, sebaliknya bercakap perkara lain yang tidak menjawab pertuduhan.
Melihat keputusan Mahkamah rayuan, seolah-olah pasukan pembela Anwar, bukan untuk menang, akan tetapi macam mengiakan pertuduhan. Atau memang, peguambela tidak dapat melakukan apa-apa pembelaan, atas sebab tuduhan terhadap Ketua Pembangkang itu memang benar.
Di peringkat Mahkamah Tinggi, Anwar dibebaskan hanya kerana masalah teknikal, di mana Hakim Mahkamah Tinggi tidak yakin dengan integriti sampel DNA dan kredibiliti saksi pendakwa bernama Jude Pereira. Oleh itu dia menyatakan adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh"; sedangkan fakta-fakta lain terlepas pandang oleh Hakim bicara, sepertimana dijelaskan oleh tiga Hakim Mahkamah rayuan.
Nampaknya, hanya menghitung hari, bagi Anwar bebas menghirup udara segar.
1 comment:
pergi mati laaa...ikut karpal go to hell !!!
Post a Comment