Latest News

MH370: Pasukan Pencari Buntu

Operasi mencari hari ini ditutup tanpa mengesan apa-apa. Tiada sebarang clue lagi, baik yang terapung mahupun pulse daripada Kotak Hitam.

Operasi mencari MH370, merupakan operasi yang paling sukar, atas sebab tidak diketahui lokasi sebenar di mana pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru itu terhempas pada 8.11 pagi 8 Mac. Pencarian di Lautan Hindi hanya berasaskan perkiraan matematik menggunakan Doppler Effect, bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi. Lokasi pencarian, adalah berasaskan perkiraan kelajuan, bekalan minyak dan ketinggian atas permukaan laut pesawat malang itu sebelum terhempas?.

Semalam pasukan pencari merasa lega sedikit, atas sebab telah dikesannya tiga signal daripada Kotak Hitam. Keputusan yang diambil adalah, apabila signal serupa semalam dikesan lagi, maka akan digunakan Autonomous Underwater Vehicle (AUV) atau Bluefin 21 milik Amerika; namun jika kedalaman melebihi 4,500 meter, kemungkinan akan digunakan unmanned Mini Subs Remus dan Remora yang pernah digunakan mencari AF447 tahun 2009; atas sebab dua subs itu mampu menyelam sehingga 6,000m.

Hari ini sepatutnya bateri dua Kotak Hitam pada pesawat malang itu luput, namun secara teorinya bateri boleh bertahan tambahan 8-10 hari lagi.

Kotak Hitam adalah satu-satunya cara mengetahui punca kehilangan pesawat malang itu.

0 Response to "MH370: Pasukan Pencari Buntu"

Blog Archive