Latest News

MH370: Ocean Shield Kesan Pings Menyerupai Signal Black Box

Learmonth 1,140km barat laut Perth merupakan kawasan terakhir liputan mencari MH370
Kapal Australia Ocean Shield yang dipasang alat canggih pengesan Black Box mengesan isyarat/pings yang menyerupai signal Black Box.Pengesanan ini, merupakan kali ketiga, selepas pasukan China mengesan dua signal serupa pada Jumaat dan Sabtu. Pada Ahad, Ocean Shield mengesan bunyi akustik seperti signal yang dipancarkan oleh Black Box.

Dengan penemuan yang konsisten di kawasan liputan, harapan cerah menemuai Black Box MH370 semakin cerah.

Pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370 telah hilang sejak 8 Mac bersama 239 penumpang termasuk kru selepas berlepas daripada KLIA laluan Beijing. Sepatutnya pesawat itu mendarat di destinasi akhirnya pada 6.30 pagi hari yang sama, namun diistiharkan pula penerbangannya berakhir di Lautan Hindi.

Satu-satunya alat yang boleh membantu merungkai, mengapa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi adalah pada dua Black Box pada pesawat itu. Satu Black Box bertugas untuk menyimpan data penerbangan dan satu lagi merakam perbualan dalam cockpit pesawat.

Dua alat itu, mempunyai bateri yang memberi signal selama 30 hari, dan dalam satu-satu kes, boleh juga ada tambahan antara 8-10 hari. Jika berasaskan kepada masa luput bateri pada dua alat itu, esok adalah tarikh luputnya.

Walaupun, tarikh luput bateri itu tamat, namun data yang tersimpan dalam alat-alat itu biasanya "intact" sepertimana yang berlaku pada Black Box AF447, i.e. hanya 23 bulan dijumpai pada May 2011, dan digunakan merungkai kemalangan pesawat Perancis laluan Rio de Janeiro Paris pada 1 Jun 2009.

Black Box mempunyai lingkaran memancar signal sejauh 2km (1.2 batu). Melihat signal yang dikesan kapal China Haixun01 dan Ocean Shield, besar kemungkinan di kawasan liputan terhempasnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang pada 8 Mac kira-kira 8.11 pagi, selepas mengudara lebih 7 jam.

"The black box signals were heard at a depth of 4,500 metres (about 14,764 feet) according to the man who is co-ordinating the search for missing Flight MH370. Retired Australian Air Chief Marshal Angus Houston said: "We've got a visual indication on a screen, and we've also got an audible signal."And the audible signal sounds to me just like an emergency locator beacon."However, Houston added: "Nothing happens fast."We have a promising lead, but we have yet to get confirming evidence."

0 Response to "MH370: Ocean Shield Kesan Pings Menyerupai Signal Black Box"

Blog Archive