Friday, April 11, 2014

MH370: Mengapa Terhempas Di Gaung Yang Terdalam?

Memang cukup mengyakinkan; lima pancaran yang konsisten dengan pancaran kotak hitam pesawat terbang dikesan 1,770 km Northwest Perth, dan pancaran itu dipercayai lebih 15,000 kaki di dasar laut. Jika benarlah pancaran itu daripada data recorder dan voice recorder pesawat malang itu, maka untuk mengangatnya merupakan operasi julungkali dilakukan pada kedalaman itu. Sebagai perbandingan, kedalaman di mana kapal Titanic tenggelam berkedalaman 12.500 kaki.

Sukar dibayangkan, apa keadaan pesawat malang itu, memandangkan sehingga kini tiada sebarang serpihan yang dijumpai yang boleh dihubungkan dengan pesawat berpenumpang 239 bersama kru itu. Apakah penumpang masih bersama talipinggang dan duduk dikerusi masing-masing? atau dan atau. Pesawat itu hilang pada radar pada 1.22 pagi Sabtu 8 Mac, ketika mana, isyarat pasangkan tali pinggang sudah dipadam. Kemungkinan makan dan minum belum dihidangkan, memandagkan penerbangan Kuala Lumpur Beijing memakan masa lebih 5 jam. Biasanya pada penerbangan seumpama ini, makanan dan minuman akan disediakan apabila pesawat terbang pada ketinggian stabil, iaitu 35,000 kaki atas permukaan laut. Memandangkan kehilangan pesawat itu,  hilang daripada radar kurang sejam selepas mengudara, besar kemungkinan penumpang  berada ditempat duduk masing-masing menanti makanan dan minuman disediakan.

Melihat kedudukan di mana pesawat  malang itu dipercayai terhempas, iaitu gaung dasar laut yang terdalam; bukan satu kebetulan, melainkan ianya memang dirancang.  Menyingkap kembali detik-detik awal kehilangan pesawat malang itu; sebaik sahaja hilang daripada radar awam, dikatakan pesawat terbang melepasi limit pesawat itu-45,000 kaki atas permukaan laut selama 23 minit. Tujuan menerbangkan pada ketinggian itu, adalah untuk memingsankan penumpang. Dan selepas itu, pesawat terbang ke berbagai arah sebelum mengarah ke Lautan Hindi. Destinasi yang dituju adalah kawasan yang terpencil dan kawasan yang khusus iaitu Diamantina Trench.

1 comment:

Anonymous said...

Insyarat ping tu diversion saja...

Hanya kotak saja tuu yg di campak didlm kedalaman 15k kaki....

Pesaqat dihijek...aku konfiden 100% dan masih slamat...

InsyaAllah...mudah2an..

Blog Archive