Wednesday, April 16, 2014

MH370: Mengapa Susah Dicari?

Memasuki hari ke-40; tiada sebarang tanda di mana pesawat yang membawa 239 penumpang bersama kru yang hilang kurang satu jam selepas berlepas daripada KLIA pada 8 Mac menuju Beijing, China.

Hanya satu perancangan rapi sahaja, menyebabkan pesawat itu sukar dicari. Kalau ianya kemalangan biasa, sudah tentunya tidak akan terjunam di lokasi yang terlalu jauh melencong daripada lokasi asal.

Melihat cara pesawat itu hilang, memang satu perbuatan manusia. Alat komunikasi pesawat dipadam selang 14 minit, bermula pada 1.07 pagi kemudian 1.21 pagi. Pesawat hilang daripada radar awam 1.30 pagi; meskipun dikesan radar tentara pada 2.15 pagi 320km utara Pulau Pinang. Data ini yang digunakan bahawa pesawat itu berpatah balik, dan kemudian meneruskan penerbangan di lokasi terpencil, lautan yang terdalam.

Hanya perbuatan manusia sahaja yang membolehkan pesawat mengubah-ubah ketinggian dan mengubah-ubah laluan serta mengubah-ubah kelajuan. Kalau autopilot, tidak akan berlaku demikian.

Data menunjukkan bahawa pesawat sebaik sahaja mula memasuki ruang udara Vietnam, maka berpatah balik, lalu terbang tinggi ke paras 45,000 kaki atas permukaan laut, 10,000 kaki limit biasa. Pesawat itu terbang selama 23 minit pada ketinggian itu; kemudian, turun ke paras 23,000 kaki dan turun lagi sehingga 5,000 kaki atas permukaan laut, namun dengan kelajuan maksimum. Tujuan terbang rendah dengan kelajuan supersonic adalah bertujuan menghindar dikesan radar bumi; terbang tinggi, adalah untuk mempingsankan penumpang dan kru. Dua kemungkinan berlaku pertama pesawat itu diterbang oleh seseorang yang berada di cockpit pesawat, yang kedua, pesawat dikawal menggunakan drone oleh pesawat lain; kemungkinan pesawat tempur. Selepas 9/11, memang pesawat komersil, boleh dikendalikan secara drone (kawalan komputer) oleh pasukan jet fighter. Di Dunia, hanya Amerika dan Isreal sahaja mempunyai kepakaran itu.

2 comments:

Anonymous said...

Tidak lah keterlaluan kalau kita memohon pertolongan dari alim ulama Negara Malaysia dan jugak di Indonesia membantu memohon pertolongan dari ALLAH SWT. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membuka hijab kehilangan MH370. Jangan putus asa dengan usaha yang telah dilakukan. Hanya ALLAH SWT dengan izin Nya boleh memberi petunjuk di mana MH 370. Mohon lah dengan penuh harapan. ALLAH pasti tolong. Percaya lah, tawakal lah, beriman lah sepenuhnya.

Anonymous said...

"Tanya Sama Anwar, Apa Sebab MH370 Hilang... Nanti Jawab Anwar Dia Saja Yang Tahu ..."

Blog Archive