Demi mencari penyebab kehilangan pesawat MH370 yang memasuki hari ke-26; pihak polis menyatakan semalam, bahawa penyedia makanan untuk pesawat malang itu tidak terlepas daripada sisatan.
Kalaulah makanan diracun, besar kemungkinan para penumpang yang terkena dahulu; manakala Kru kemudian. Biasanya kalau menyangkut makanan dan minuman, biasa orang akan muntah berak atau pingsan. Apa kah keadaan demikian boleh menyebabkan transponder pesawat tertutup?
Pihak penyiasat kehilangan pesawat itu, hingga kini masih percaya, bahawa alat komunikasi dengan sengaja ditutup. Laluan pesawat dengan sengaja dipindah. Orang yang boleh melakukan ini hanya pilot atau co pilot atau orang yang mahir menerbangkan pesawat.
Pesawat MH370 tiga kali mengubah haluan. Juga tiga kali mengubah ketinggian terbang. Hanya melalui tangan manusia sahaja keadaan itu boleh berlaku.
Pihak penyiasat telah mengenepikan 227 penumpang pesawat itu; ertinya keadaan yang berlaku pada pesawat itu hanya terletak pada 12 kru. Daripada 12 kru itu, hanya seorang yang sangat berpengalaman, iaitu Kaptennya sendiri, kerana selain puluhan tahun menjadi juruterbang juga mempunyai lebih 18,000 jam terbang. Manakala co-pilot, pagi itulah untuk pertama kali menjadi pembantu, tanpa check pilot, lagipun pengelaman terbang hanya sedikit di atas 2,700 jam terbang.
Peramugara dan permugari; ada kah yang mahir membawa pesawat seperti B777?
Melihat kejadian pada pesawat MH370, setakat ini belum ada kehilangan pesawat komersil yang berlawanan arah dengan laluan asalnya. Hanya berlaku pada MH370. Ertinya mengubah laluan pesawat itu, memang disengajakan. Kalau pesawat yang berpatah balik itu mahu mendarat ke lapangan terbang terdekat, maka tidaklah perlu mengubah ketinggian sehingga 3 kali, pertama terbang melepasi limit-45,000 kaki atas permukaan laut, kemudian turun ke paras 23,000 kaki, kemudian ke paras 5,000 kaki kemudian naik semula ke paras 35,000 kaki dan terus terbang, entah ke mana.
Pesawat di katakan terbang sejauh 320 km ke arah barat atau utara Pulau Pinang, mengekori pesawat SIA68 yang menuju Barcelona Sepanyol; ertinya pengendali pesawat itu betul-betul tahu apa yang dilakukan. Mengekori pesawat lain sekurang-kurangnya boleh mengaburi radar, terbang rendah juga mengaburi radar. Atas sebab itu, kehilangan pesawat MH370, memang disengajakan, bagi satu misi yang mengemparkan dunia.
Memang kini sudah berlaku, dunia masih terpingah-pingah di mana pesawat itu. Semalam hari ke-25, seluas 1,160 km persegi lautan hindi diperkisa, namun tiada sebarang tanda berhubung pesawat itu.
Melihat keadaan yang berlaku pada pesawat malang itu, makanan beracun bukanlah puncanya.

No comments:
Post a Comment