Thursday, April 10, 2014

MH370: Indah Kabar Dari Rupa

Hari ini  di Heathrow London, sebuah pesawat Mas  B747 dengan 340 penumpang dan 22 kru terpaksa mendarat semula kerana masalah enjin. Apa yang pelik, selepas pesawat itu mendarat cockpit voice recorder berjalan, mengakibatkan maklumat menjadi kosong. CVR secara automatik, menhapus data setiap 2 jam. Keadaan ini membimbangkan bagi CVR MH370, atas sebab, selepas kehilangan pesawat itu daripada radar pada pukul 1.22 pagi 8 Mac, dikatakan pesawat itu meneruskan penerbangan sehingga 8.11 pagi, ertinya, jika ada percakapan pilot semasa kehilangan daripada radar, mungkin tidak dapat dikesan lagi. Harapan hanya terletak pada data recorder yang terdapat pesawat malang itu, untuk merungkai apakah yang berlaku. Namun yang menguatirkan adalah, jika data pada kotak hitam pesawat itu hanya mengandungi penyebab pesawat itu terhempas, iaitu kehabisan minyak. Bukti pada pesawat Mas 747 yang mendarat semula di London pagi tadi, menunjukkan kegagalan bekalan litrik, sehingga menyebabkan beberapa peralatan malfunction termasuk CVR.  operasi pencarian MH370 yang memasuki hari ke-35, walaupun berjaya mengesan 5 pings yang menyerupai pancaran daripada kotak hitam daripada pesawat, namun tiada kepastian mengenainya, sehingga pencarian bagaikan indah khabar daripada rupa.Kehilangan Pesawat MH370 setakat ini masih dianggap misteri, atas sebab tiada sebarang clue yang mengarah kepada terjumpanya pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang berlepas pada 12.41 pagi Sabtu 8 Mac tujuan Beijing yang sepatutnya mendarat pada 6.30 pagi hari yang sama, namun sebaliknya dikatakan berakhir di Lautan Hindi, 1770km Northwest Perth, Australia.
Operasi pemetaan laut menggunakan teknologi canggih Bluefin 21 belum bermula. Pihak pencari menunggu sehingga benar-benar tidak lagi mengesan pancaran daripada kotak hitam.

No comments:

Blog Archive