Najib dan Tony Abbott Di Perth, Australia |
Masuk hari ke-25 kehilangan misteri pesawat MH370, operasi kini meliputi 223,000 km persegi 1,680 km utara Perth, berdekatan Pulau Christmas.
Pulau Christmas adalah sebuah pulau di lautan Hindi. Pulau itu berdekad menjadi transit bagi pelarian yang ingin memasuki Australia.
Operasi mencari MH370 yang dikoodinasi Australia, kini melibatkan 8 kapal laut, 9 pesawat terbang dan 1 kapal selam milik Britin HMS Tireless yang mengunakan tenaga nuklear.
MH370 yang berlepas daripada KLIA pada pukul 12.41 pagi 8 Mac bersama 239 penumpang termasuk kru laluan Kuala Lumpur Beijing, seharusnya mendarat di destinasi terakhirnya pada 6.30 pagi yang sama; sebaliknya dinyatakan penerbangannya berakhir di Lautan Hindi. Satu kawasan yang amat terpencil, bukan laluan utama penerbangan mahupun perkapalan.
Berbagai teori muncul, bagaimana pesawat itu hilang misteri, termasuk ianya ada hubungan dengan pilot pesawat itu.
Pesawat berbadan lebar seperti B777 tidak mudah mengelak radar, apatah lagi pesawat itu adalah pesawat penumpang, yang tidak dilengkapi anti radar. Walaupun seluruh alat komunikasi pesawat ditutup mutlak, ianya masih dikesan radar tentera, kerana radar tentera cara kerjanya berlainan dengan radar awam. Namun yang menyebabkan kehilangan pesawat malang itu, radar tenterapun gagal mengesannya, kecuali radar TUDM pada 2.40 pagi semasa pesawat itu masih berada di udara Malaysia. Selepas itu, tiada radar tentera, termasuk daripada Amerika (kecuali dirahsiakan) mengesan pesawat MH370.
Operasi mencari MH370 bukan sahaja terlalu sukar, akan tetapi maklumt yang menyelubunginya juga misteri. Mencari sesuatu yang misteri, bagaikan mencari jarum daripada tumpukan jerami; bagi MH370, jeramipun belum diketahui di mana lokasinya.

No comments:
Post a Comment