Tuesday, April 08, 2014

MH370: Bluefin 21-Underwater Vehicle Pertama Kali Diguna Hari Ini

Bluefin 21 underwater vehicle untuk pertama kali diguna hari ini, untuk melakukan pemantuan dasar laut. Kawasan pencarian di perkecil 1,770km barat laut Perth. Kapal HMS Echo dan Haixun 01 beroperasi di kawasan tersebut. Setakat ini tiada lagi pancaran Kotak Hitam diterima, selepas 3 pancaran diumumkan pada Isnin. Tugas mencari semakin berat, memandangkan, kemungkinan bateri kotak hitam sudah luput. Ocean Shield dua kali menerima pancaran Kotak Hitam, yang pertama selama 2 jam dan yang ke 13 minit; selepas itu, tiada lagi pancaran diterima. 

lokasi terbaru seperti pada grafik diatas, merupakan kawasan di mana Haixun 01 dan HMS Echo beroperasi. Setakat ini, belum ada sebarang maklmuat daripada dua kapal tersebut. Semalam, nampaknya pasukan pencari mempunyai keyakinan tinggi bakal menemui pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac, menerusi 3 pings daripada Kotak Hitam yang dikesan pada 5.6.7 Mac. Namun, besar kemungkinan bateri pada Kotak Hitam itu luput, maka pacaran tidak akan diterima lagi.


No comments:

Blog Archive