JACC yang dikoordinasi Australia, dalam masa sesingkat-singkatnya akan mengumumkan lokasi sebenar di mana pesawat MH370 terhempas. Adalah dipercayai lokasi itu, di kawasan gaung Diamantina. Cabaran pihak penyelemat adalah bagaimana mengutip Kota Hitam dan serpihan, memandangkan belum pernah operasi menyelamat berdepan dengan kedalaman seumpama itu. Teka teki apa yang berlaku selama 35 hari terhadap pesawat itu dalam masa terdekat akan diketahui. Apa yang sungguh malang, melalui lokasi dan keadaan di mana pesawat itu terhempas, besar kemungkinan tiada seorangpun penumpang pesawat itu terselamat. memandangkan selama 35 hari tiada sebarang serpihan daripada pesawat, maka besar kemungkinan pesawat itu intact semasa memasuki dasar laut. Jika demikian, besar kemungkinan sebahagian besar penumpang masih berada di kerusi masing-masing; apatah lagi diperkirakan, bahawa penumpang semuanya pingsan, semasa awal penerbangan itu. Kotak Hitam pesawat itu, hanya bertujuan menjumpai pesawat malang itu, namun apakah penyebab mengapa pesawat itu melencong jauh daripada laluan utamanya akan juga terjawab? sama-sama kita tunggu. |
No comments:
Post a Comment