Latest News

MH370: Bakal Misteri Selamanya

Masuk hari ke-37, kehilangan MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru, setakat ini tiada sebarang clue, kecuali "pancaran" kononnya daripada "kotak hitam" pesawat itu yang kali terakhir dikesan pada 8 April.

Pesawat yang berlepas daripada KLIA pada pukul 12.41 pagi 8 Mac tujuan Beijing, seharusnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama di destinasi terakhirnya itu; sebaliknya dinyatakan berakhir di Lautan Hindi.

Berbagai terori menyelubungi kehilangan pesawat itu, termasuk ianya telah dirampas dan di daratkan di suatu lokasi. Kalau menurut Russia, pesawat itu di daratkan di perbatasan Pakistan yang dikawal Taliban. Para penumpang dan kru masih selamat, namun dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan, selain ada kumpulan yang diseludup ke Aganistan untuk dijadikan persiai.

Selain itu, banyak yang percaya, bahawa pesawat itu sebenarnya didaratkan di Diego Garcia, 3,500 km daripada Kuala Lumpur; bekalan minyak kapal itu mencukupi untuk di terbangkan ke Pengakalan Amerika itu. Selepas penumpang dan kru diturunkan, pesawat diterbangkan dengan drone lalu dihempaskan di lokasi liputan pencarian. Liputan pencarian ini, merupakan satu kawasan yang amat sukar, selain kedalaman laut, akan tetapi juga terdapatnya gaung dasar laut yang bernama Diamantina Trench yang mempunyai kedalaman 19,000 kaki. Selain itu, kawasan itu mempunyai dasar laut yang berlumpur; sehingga boleh menimbusi sebarang objek keras yang berat; atas sebab pemetaan dasar laut akan sukar mengesan sebarang objek.

Kini, pancaran daripada "kotak hitam" jika benar pesawat itu dihempaskan di lokasi itu tidak akan dapat dikesan lagi, memandangkan bateri beacon itu sudah tamat. Bateri sesebuah kotak hitam adalah 30 hari, walaupun secara teorinya boleh mencapai 40 hari. 

Melihat keadaan yang ada, kehilangan pesawat MH370, akan selama-lamanya misteri.

5 Responses to "MH370: Bakal Misteri Selamanya"

Anonymous said...

Aku dah agak dahh.....

Signal tu cuma diversion sajaa....

Secara techticalnya mereka x akan jumpa pon pesawat tu...

Sy syorkan pd kjjan utk cuba dptkan imej satellite quick bird ....wvii... alos palsar atau terrasarx... pada tarikh dan waktu yg sama dgn kapal hilang....

Cuba dptkan imej sattelite india atau russia...atau negara mana la.... sebagai comparison...

Analysis imej high resolution spatial dan spectral....samada optical dan non optical...

Drpd data back scattered non optical boleh dianalisa dgn data2 penerbangan dan laluan kapal2 lain yg lalui kawasan yg sama...

Walaupon lmbat sket tp gerenti jumpa....

Msia ni ramai pakar rs dan gis.... harap gomen dpt gunakan pakar tempatan...

Aku Melayu Rasis said...

pendapat saya pula, Malaysia takkan boleh dan tak mungkin boleh berbuat apa-apa untuk menyelesaikan misteri ini sebab Malaysia juga sudah dikontrol oleh pemain skrip utama. Kalaupun dapat butiran atau clue yang menjurus menghampiri kepada penyelesaian, Malaysia juga akan disekat dari meneruskan usaha. Tak usahkan kata nak gunakan pakar-pakar Malaysia, nak jalankan usaha ke arah itupun belum tentu diberi lampu hijau.
Pada saya, flight itu selamat di satu tempat rahsia. sebuah kotak hitam telah dibuang dengan sulit dikedalaman yang paling sukar untuk mengabui usaha, melengah-lengahkan masa bagi memberi ruang pada mereka menyusun stategi yang dirancang. Malaysia telah diperbodohkan. Saya malu.

Anonymous said...

Kpd Anon 8:51 - idea kau tu sgt bagus dan Nampak kau ni memang hebat, hebat beri pandangan ajelah. kalau kau betul2 ikhlas dan ada kelas, kau boleh terus jumpa hisham, najib atau sapa2 saja untuk beri cadangan dan bantuan, aku boleh bantu.

kpd Aku Melayu Rasis, kalau kau rasa m'sia telah diperbodohkan, kau lucutkanlah warganegara kau tu, mintaklah jd warganegara amerika ke, Britain ke, India ke, Pakistan ke, buat apa tinggal dinegara yg dipimpin oleh pemimpin yg bodoh. aku pun boleh bantu kau utk lucutkan warganegara kau.

Anonymous said...

banyak sangat teori yang tak masuk akal..ada pulak puak2 di malaysia seronok dgn cerita2 ni..walau pun ada yang benci barat terutama us tak tergamak mereka akan lakukan kerja se "kejam" ini jika benar..lambat laun semua akan terbomngkar misteri pesaat hilang ini..

Anonymous said...

9/11 bukti amerika akan buat apa saja kerja kejam.

Blog Archive